Remaja berusia 18 tahun itu ditangkap ketika cuba mencuri motosikal yang diletakkan di dalam garaj di Kampung Palekbang, di sini, kira-kira jam 6 pagi, semalam.
Dalam kejadian itu, remaja terbabit dipercayai diberkas penduduk kampung, namun seorang lagi rakannya berjaya meloloskan diri.
Menurut sumber, remaja itu diserahkan kepada Balai Polis Palekbang oleh penduduk kampung kira-kira jam 7.20 pagi bersama dengan sebuah kereta jenis Proton Wira.
“Kejadian ini disedari oleh isteri pemilik motosikal berkenaan yang terdengar bunyi rantai kunci kenderaan tersebut ditarik.
“Sebaik sahaja membuka pintu, dia melihat dua lelaki berada dalam garaj menyimpan motosikal. Mereka terkejut dan melarikan diri ke arah kereta mereka,” katanya.
Bagaimanapun, enjin kereta suspek gagal dihidupkan menyebabkan remaja terbabit terpaksa meninggalkannya di tempat kejadian.
Kejadian itu menjadi bualan hangat di laman sosial Facebook selepas dimuat naik orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan. Rakaman berdurasi 50 saat itu menunjukkan suspek dengan tangan diikat dipaksa berjalan itik selepas ditangkap ketika cuba mencuri motosikal di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Superintenden Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Sumber
0 comments:
Post a Comment