Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 21, 2014

TAWAR SERVIS URUT PING PONG


Pekerja warga asing ditahan Jabatan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan.


Puchong - Taktik pengusaha sebuah rumah urut menyembunyikan kondom belum digunakan dalam periuk nasi bagi mengelakkan aktiviti haram mereka dihidu pihak berkuasa terbongkar apabila premis terbabit diserbu lewat malam kelmarin.

Dalam operasi bersepadu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Jabatan Imigresen Selangor, satu daripada dua premis rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan diserbu didapati mempunyai lesen perniagaan.

Namun pengusaha didapati melanggar syarat sekatan lesen dengan menggaji wanita warga asing tanpa permit dan menjalankan aktiviti haram dalam premis.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, hasil siasatan di premis pertama mendapati pengusaha premis menawarkan urutan ‘ping pong’ kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.

Atas kesalahan dilakukan tiga set peralatan urut dirampas dan premis dikenakan tindakan sitaan bawah UUK 13 (K) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (UUKPKPK) MPSJ 2007.

Azfarizal berkata, premis kedua yang diserbu didapati beroperasi secara haram dan turut menggaji wanita warga asing tanpa permit sah.

Di premis itu pengusaha didapati menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pelacuran.

“Anggota menemui kondom belum digunakan disorok dalam periuk nasi,” katanya.

Pengusaha dikenakan tindakan bawah UUK 3 UUKPK MPSJ 2007 kerana mengendalikan pusat urut tanpa lesen sah daripada MPSJ.

Beliau berkata, tiga daripada pekerja asing warga China didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen Malaysia 1959/63.

Manakala tujuh pekerja warga Vietnam pula ditahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen Malaysia 1963 kerana didapati menyalahguna pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut.

0 comments:

share2