Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 21, 2014

POLIS TAHAN LELAKI BAKAR AL-QURAN DI KEDAH


pdrm


Alor Setar - Polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong di sini, kira-kira 3 petang semalam.

Katanya lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. 

"Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beberapa cebisan al-Quran dibakar itu ditemui oleh seorang peniaga setelah dimaklumkan individu lain, lalu beliau melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri. 

Pada sidang media petang tadi, Zakaria berkata, pihaknya mengesyaki orang yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental.

0 comments:

share2