Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 19, 2014

'SAYA MINTA MAAF TUAN, SAYA SALAH'


Tertuduh akan ditahan sehingga kesnya disebut semula bulan depan.


Kota Bharu - “Saya minta maaf.” Hanya itu mampu dikatakan ibu tunggal yang kisahnya mendapat perhatian kerana memberi dua anaknya minum air kosong bercampur gula, ketika dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam.

Nor Azlina Razid, 35, didakwa memiliki 0.1 gram dadah jenis metamphetamine di hadapan sebuah bangunan di Jalan Hospital, di sini, jam 6.30 petang, Khamis lalu.

Tertuduh mengaku salah dan memohon maaf atas kesilapannya memiliki dadah tersebut. Hukuman terhadapnya bagaimanapun ditangguhkan pada 31 Disember depan dan Nor Azlina dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pada prosiding semalam, Nor Azlina mengaku terbabit dengan najis dadah berikutan terpengaruh dengan arwah suaminya yang juga penagih dadah.

Majistret, Nik Habri Muhamad menasihatkan tertuduh supaya berhenti daripada tabiat merugikannya itu menyebabkan tertuduh tiba-tiba meminta maaf dan memohon jaminannya dikurangkan.

“Saya minta maaf tuan. Saya mengaku salah, saya mohon hukuman diringankan kerana saya mempunyai tiga anak yang masih kecil. Tidak ada siapa akan menjamin saya hari ini (semalam),” katanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Kisah Nor Azlina mendapat perhatian kerana memberi dua anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun minum air kosong yang dicampur gula atas faktor kemiskinan.


Seminggu selepas ceritanya disiarkan, ibu tunggal tiga anak itu ditahan polis kerana memiliki dadah.

0 comments:

share2