Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 20, 2011

HANGAT: PAS GANTI UMNO?

Pas ganti UMNO? Keh keh keh! Mimpi kejadah apanya?


Pas ganti UMNO? Ini adalah slogan terkini parti 'tok garu' yang 'kunun'nya memperjuangkan Islam selama ini. Kita ingin pula bertanya, kemanakah menghilangnya slogan dahulu 'Membangun Bersama Islam'? Apakah Pas sudah bersedia berubah dan menjadikannya parti sekular? Atau apakah selepas tidur sebantal dengan DAP serta setelah diliwati PKR berkali-kali makan kini Pas sudah berubah arah? 

Dulu Pas tidak perjuangkan bangsa Melayu kerana katanya Islamlah yang lebih utama. UMNO yang perjuangkan Melayu dan Melayu di Malaysia ini adalah Islam, secara langsung bermakna UMNO perjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam. Apabila UMNO bersama parti yang mewakili kaum lain MCA dan MIC berkerjasama, Pas mengeluarkan fatwa berkerjasama dengan MCA dan MIC kafir itu haram. Akhirnya Pas pula berkerjasama dengan kafir harbi DAP yang terang-terang menentang Islam dan mereka katakan ini adalah halal.

Apakah 'tok garu' semua fikir rakyat negara ini bodoh seperti di zaman dahulu dan boleh ditipu begitu saja? Apakah 'tok garu' fikir rakyat akan percaya bahawa semua yang berjanggut dan berserban itu 'alim'? Rakyat tidak lupa pada cerita ADUN Selinsing dengan skandal dalam koc keretapinya. Rakyat juga tidal lupa pada kisah 'Mat Sapu' dengan 'Normah'nya di Hotel Perdana. Selain itu rakyat juga tidak lupa kisah 'Mat Sapu' yang pandai main silap mata dan menghilangkan duit tabung memali dulu.

Sekarang apabila Pas sedar sokongan terhadap mereka makin berkurangan maka mereka cuba untuk menarik sokongan dari UMNO dengan slogan Pas ganti UMNO. Sebenarnya yang ingin mereka lakukkan adalah menghancurkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu untuk ditindas oleh bangsa lain. Pas adalah alat bangsa lain untuk menghancurkan bangsa Melayu, tetapi demi kuasa, Pas tetap rela diperalatkan.

Slogan Pas ganti UMNO tidak akan laku untuk dijual lelong di Kerdau. Bila agaknya nak diadakan pelancongan politik di Kelantan pula? Di N6, Cempaka bagi menjana ekonomi rakyat Kelantan. Ini cadangan dari Naib Presiden Pas Tuan Ibrahij Tuan Man. Moh kita berpelancongan politik ke DUN Cempaka. Hehe!


0 comments:

share2