Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 26, 2013

MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG BUKAN JANJI

Manifesto bukan janji dan tak perlu ditepati.


Pakatan Pembangkang sudahpun mengeluarkan manifesto mereka bagi menghadapi PRU akan datang. Azmin Ali dengan bangganya mendabik dada konon mengeluarkan manifesto lebih awal adalah tanda mereka berani. 

Berbagai komen dari berbagai pihak kedengaran namun rata-rata rakyat memperlekehkan manifesto berkenaan. Dari apa yang dijanjikan kelihatan seolah-olah kerajaan yang akan mereka bentuk dalam angan-angan mereka itu adalah kerajaan yang sangat berkebajikan dengan memberikan segalanya percuma.

Jika dibandingkan dengan mana-mana negara maju sekalipun, apa yang mereka tawarkan itu tidak akan mampu ditawar oleh negara maju. Jika segalanya percuma, dari manakah akan mereka dapati sumber kewangan untuk menguruskan negara? Di negara-negara maju, benar mereka memberikan kebajikan kepada golongan tertentu termasuk rakyat yang menganggur, namun  mereka mengenakan cukai yang jauh lebih tinggi dari apa yang dikenakan kepada rakyat Malaysia.

Rasionalnya adalah bahaawa janji Pakatan Pembangkang itu hanyalah sekadar janji manis untuk memerangkap dan menipu rakyat sekali lagi. Kerana kita masih ingat bahawa masih banyak janji-janji mereka pada PRU12 lalu yang masih tidak ditunaikan. Bahkan Kerajaan Selangor dalam usaha untuk mengelak dari menepati janjinya dengan berani juga menjelaskan bahawa manefesto bukanlah janji dan tidak perlu ditunaikan.

Oleh yang demikian usahlah kita percaya kepada mansfesto mereka kali ini kerana ini juga bukannya satu janji yang akan mereka tunaikan, bahkan mereka sendiri sedar bahawa mereka tidak akan mampu menunaikannya jikapun diberikan peluang memerintah.

Pengundi-pengundi muda termasuk para mahasiswa diharapkan jangan terlalu ghairah dengan meletakkan harapan pada janji pembangkang itu. Mereka masih muda dan tidak bijak dengan politik serta tipu daya pembangkang, justeru jangan gadaikan masa depan mereka sendiri serta generasi akan datang akibat kesilapan membuat perhitungan. Jika negara lain memuji dan mencontohi kepimpinan negara kita, kenapa pula tidak kita menghargainya. 

3 comments:

  • Anonymous says:
    February 26, 2013 at 10:51 PM

    agak2 lepas ni pasti semakin ramai yg tuntut janji dari pr...

    kenapa diorg ni tak ada perasaan malu bila manifesto pertama tak ditunaikan tapi masih terhegeh2 nak buat manifesto yg baru..

    dah kena kencing kali pertama tak mungkin akan kena kencing utk kali kedua...

  • bRAVEhEART says:
    February 27, 2013 at 10:42 AM

    Yg sokong PR kebanyakan generasi baru & mahasiswa yg bukannya cerdik dan mmg suka kena kencing sbb merasakan kalau belajarpun bkn boleh jadi pandai.....

  • raja-jawa.blogspot.com says:
    February 28, 2013 at 10:48 AM

    Hehehehehe ...... meh baca Manifesto Haramjadah PENIPU RAKYAT ....... baca kat sini .....http://www.pakatanrakyat.my/

share2