Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 19, 2011

TUAN IBRAHIM JADI BENGONG SEKEJAP!!!

..."Adeh! Pening Kepala Dibuatnya"...

Pagi tadi dah sepapan Panadol yang dia telan. Tapi masih jugak tak baik - baik pening kepala dia. Tak cukup parasitamol kot dalam badan. Tak pasal - pasal je dia 'terkejut beruk' hari ni.

Naib Presiden PAS tu kata dia terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya yang menetapkan Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau diadakan serentak.

Kata dia, sepatutnya SPR memberi masa lebih kepada kedua - dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.

Tambahan pulak, tarikh 6 Mac tak sesuai sebab ianya jatuh pada hari ahad dan ianya menyukarkan pengundi luar untuk pulang mengundi.

Tapi, walaubagaimana pun, kata Tuam Ibrahim, PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihanraya kerana sudah memberi perhatian sepenuhnya sejak bekas ADUN sedang kritikal lagi.

Nampak sangat dah PAS ni memang tak de kerja lain selain dari berpolitik je 24 jam. Jadi tak salah la tanggapan yang dibuat sebelum ini kononnya diorang dah buat mesyuarat sebaik terima berita kematian Allahyarham.

Memang jenis tak berhati perut betul la puak - puak Parti Angguk Saja ni. Tak reti lansung menghormati orang lain.

Dan yang peliknya, kenapa Pesuruhjaya parti yang memperjuangkan Islam kononnya ni cakap berbelit - belit?

Mula kata terkejut. Lepas tu mengaku dah bersiap sedia? kalau dah bersiap sedia, terkejut menda jadahnya lagi? Tak masuk akal.

Nak juga putar belitkan cerita supaya dapat mengelirukan rakyat. Pemimpin apa macam tu? Ceit!!! Pigidah!!!

1 comments:

  • Klik Di Sini says:
    February 20, 2011 at 1:01 AM

    salam tuan..

    mohon link ke blog tuan..

    segala kerjasama didahului ribuan terima kasih..

    mimview.blogspot.com

share2