Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 19, 2011

INGATAN KEPADA PENDUDUK DUN KERDAU SEMPENA PRK





Yang jumud itu Pas

Yang ganas itu juga Pas




Kami menerima satu peringatan yang diberikan oleh seorang insan yang prihatin diruang komen blog PahangKu. Beliau juga memberi komen yang sama di blog bRAVEhEART dan blog-blog lain juga. Ini mengenai perilaku para penyokong Pas dikebanyakan PRK-PRK yang telah lalu. Mengenai kebiadaban mereka yang kununnya perjuangkan Islam tetapi tingkahlaku mereka lebih buruk dari yahudi Israel.

Patut rasanya kami sebarkannya supaya nanti di Kerdau pihak-pihak yang berkenaan dapat mengawal masjid dan surau-surau mereka supaya tidak dicemari oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab itu. Bacalah dibawah ini, semuga nanti akan jadi iktibar bagi kita semua:


Anonymous said...

    JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK  

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.  

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.  

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.  

• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.  

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.  

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.  

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribadat dengan khyusu’.  

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 19, 2011 at 6:00 PM

    3 Comments
    Close this window Jump to comment form

    Anonymous YY said...

    Semoga tiada Kafir Mengkafir di Kerdau nanti memandangkan bakal-bakal calon semuanye satu Agama Islam dan satu Bangsa Melayu ..

    February 19, 2011 2:12 PM
    Delete
    Blogger priyandeka said...

    Aku sokong apa yang dikatakan oleh anonymous agar kesucian rumah-rumah Allah dijaga dengan baik mengikut kehendak syariah Islam. Tapi dalam masa yang sama juga aku minta anonymous pastikan pihak yang satu lagi apabila pergi berkempen agar tidak menggunakan wang rakyat dan negara, kakitangan awam, harta benda awam dan sebagainya demi kelangsungan politik mereka. Apa yang aku nampak pihak yang satu lagi lebih rakus menggunakan itu semua sehingga melanggar peraturan- peraturan yang ada. Kenapa tak di highlight oleh anonymous? Kalau nak bagi komen, berilah secara adil dan rasional.

    February 19, 2011 5:33 PM
    Delete
    Blogger bRAVEhEART said...

    salam priyandeka,
    saya pun setuju kata awak tu tetapi pastikan juga semua pihak, SEMUA piahak termasuk Pas di Kelantan dan PKR di Selangor tidak menggunakan duit negeri @ rakyat, bolehkah? Harap Pas di Kelantan TIDAK pernah menggunakan duit negeri untuk setiap Pilihanrayanya selama ini, hehehe...Pas, halallun, UMNO harammun, kehkehkeh

    February 19, 2011 5:55 PM

  • oRang kAmpong says:
    February 19, 2011 at 9:25 PM

    Salam ziarah.klu kita tengok tren PRK sejak dari Batang Pinang,Ulu Selangor, Galas, Batu Sapi dan Tenang dimne BN menang semua tempat tersebut pd aku selain kejayaan tranformasi kerajaan Najib satu lg yg org PAS kena sedar dan muhasabah diri byk2 iah kemenangan UMNO adalah kerana pengundi melayu sekarang sayang kepada UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. utk 25 th lg PAS jgn mimpilah nak merentah Pahang.

share2