PahangKu Media beresempatan menemuramah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang Sdr. Mohd Shahar Abdullah.
Beliau melihat Perhimpunan Agung UMNO kali ini sangat penting kerana akan dapat mengangkat suara anak muda ke peringkat lebih tinggi lagi. Beliau juga berpendapat bahawa parti sudah bersedia untuk menyerahkan tanggung-jawab kepada generasi muda. Walau bagaimanapun, dalam merealisasikannya sumbangan dari golongan lama yang sangat berpengalaman tidak dapat diketepikan sama sekali.
Segala dapatan dari perhimpunan kali ini perlu dibengkelkan dan dibawa ke akar umbi untuk dapat sama-sama dirasakan.
Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana setelah selama 68 tahun kenapa masih ada yang mempertikaikan kepimpinan UMNO, kenapa masih ada keluh kesah dikalangan ahli-ahli. Sebagai komponen utama dalam Barisan Nasional dan Kerajaan, tugas berat UMNO bukan sahaja memperjuangkan ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu sahaja, bahkan turut memperjuangkan keseluruhan rakyat.
0 comments:
Post a Comment