Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 26, 2014

CAMERON HIGHLANDS : KERAJAAN SENTIASA TERBUKA TERIMA SEBARANG LAPORAN




CAMERON HIGHLAND – Menteri Besar Dato’ Sri Raja Adnan Yaakob mengulangi pendiriannya dan Kerajaan Negeri pimpinannya, tentang amalan keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran serta urusan membangunan negeri ini.

“Kita ‘very open, very transparent. Anybody can give their opinion’,” tegasnya mohon menjawab soalan terakhir wartawan pada persidangan media kira-kira 27-minit oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira tiga (3) jam mengenai bencana banjir Cameron Highlands pada pagi Isnin, 24 November di sini.

“Tapi masalahnya, ada orang salah faham dengan saya,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai menjawab soalan wartawan berkenaan tentang laporan berita muka depan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin ini, mengenai kegiatan penerokaan tanah di Tasik Chini, Pekan sehingga dikatakan mencemarkan tasik berkenaan.

Pada awal bulan November ini juga, akhbar yang sama termasuk Mingguan Malaysia, telah melaporkan mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan tanahtinggi ini, termasuk berkaitan penerokaan tanah secara haram di sini.

“Kita alu-alukan di mana sahaja kalau ada isu pembangunan. Kita alu-alukan. Yang ada ada orang salah faham dengan saya ni. Kita alu-alukan kesemua pandangan supaya kita boleh menambah-baik pentadbiran kita.

“Termasuklah (tentang laporan berita mengenai) Tasik Cini ke? Tasik Bera ke? Tanah haram di Raub ke? Tanah haram di Bera ke… Kita alu-alukan,” katanya lagi.

Dato’ Sri DiRaja Adnan yang ditemui oleh wartawan-wartawan stesen-stesen telivisyen RTM, TV3 dan TV Al-Hijrah pada sebelah petang di Kelab Golf Sultan Hj Ahmad Shah dekat sini, turut mengulangi perkara yang sama.

Sambil mengalu-alukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke Cameron Highlands seterusnya mempengerusikan mesyuarat dan melakukan lawatan ke beberapa lokasi di daerah ini pada Isnin ini, beliau berkata;

“Kerajaan Negeri sebenarnya memang sentiasa mengalu-alukan apa juga yang dibangkitkan mengenai apa juga isu kerana saya selalu juga sebut kita sentiasa boleh menambah-baik pentadbiran kita.

“Macam hari ini, (soal pencemaran) Tasik Cini ditimbulkan. Inipun perkara yang baik, jadi kita boleh siasat sebagai contohnya ladang kelapa sawit sekeliling itu kepunyaan Orang Asli, kepunyaan RISDA, kepunyaan Majlis Ugama Islam;

“Boleh kita tengok bagaimana ia boleh diuruskan dengan baik. Lombong bijh besi satu masa dahulu (tahun) 70-an ada di situ. Kita boleh tengok secara lebih teratur lagi. Yang saya berharap, itulah, biar laporan itu tepat,” katanya.

Beliau seterusnya menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam usaha memulihara dan mengembalikan Cameron Highlands kepada zaman kegemilangannya sepertimana yang telah Timbalan Perdana Menteri umumkan tadi.

“Jadi saya bagi pihak Kerajaan Negeri, mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan ini dan mudah-mudahan, Cameron Highlands dapat dipulihkan dan dijadikan satu pusat peranginan terkemuka sebagaimana pada satu masa dahulu,” katanya.


0 comments:

share2