Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 27, 2014

PAU2014 : APA HARAPAN RAKYAT TERHADAP UMNO ?



Persidangan Agung UMNO yang bermula semalam menyaksikan 3 sayapnya bermesyuarat serentak setelah perasmiannya dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebelumnya.

Ramai yang berpendapat persidangan kali ini tidak 'semanis' dahulu memandangkan pemilihan ahli majlis kerja tertinggi telahpun diadakan dibahagian masing-masing sebelumnya.

Namun yang lebih utama dan perlu diambil kira adalah pandangan menyatakan bahawa perbahasan lebih kepada pihak pembangkang dan tidak mengutamakan kepada halatuju dan gerak kerja parti.

Boleh berbincang mengenai pihak lawan, sekadar memberi kesedaran namun jangan keterlaluan sehingga seluruh masa dan kudrat digunakan untuk menghentam pembangkang. Ianya agak keterlaluan dan membazirkan masa, bahkan berkemungkinan pihak pembangkang akan berterima kasih atas usaha kita menegur dan memperbetulkan mereka.

Kemanakah hilangnya perjuangan rakyat atau ianya sekadar retorik semata-mata? Pergerakan Pemuda bercakap mengenai penambahan bilangan pemimpin muda dikalangan pembuat dasar serta lebih berminat kepada perbahasan mengenai projek-projek.

Inikah tranformasi didalam UMNO? Inikah perjuangan mereka sebenarnya? Mendapatkan jawatan semata-mata untuk mendapatkan imbuhan. Justeru tidak hairanlah apabila dipemilihan UMNO peringkat bahagian rasuah politik berlaku dan berleluasa.

Lalu, apakah lagi harapan rakyat marhaen terhadap pembelaan UMNO?


~ Editor



0 comments:

share2