Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 27, 2014

DS NAJIB RASMI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014




KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan berlangsung tiga hari sehingga Sabtu, bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan 2,763 perwakilan Umno dari seluruh negara, dan seterusnya merasmikan perhimpunan parti terbesar orang Melayu.

Acara perhimpunan bermula pada 8 pagi, berlangsung dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan Umno, nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti "Bersatu, Bersedia, Berkhidmat" di Plaza Merdeka, sebelum beralih ke Dewan Merdeka.

Berslogan 'Melayu Bersatu', perhimpunan tahunan parti yang berusia 68 tahun kali ini akan menyentuh pelbagai isu semasa antaranya Akta Hasutan 1948, sekolah vernakular, isu berkaitan agama dan umat Islam, pembangunan ekonomi, sosial dan perpaduan negara.


Sebanyak 755 usul diterima daripada 191 bahagian Umno untuk dibahaskan membabitkan 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Semalam, ketiga-tiga sayap Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri - mengadakan perhimpunan agung tahunan masing-masing.


0 comments:

share2