Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 6, 2014

MERAUNG TERTUSUK PUNGGUNG



Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki hanya mampu meraung kesakitan lebih 20 minit apabila punggungnya tertusuk besi yang nyaris meragut nyawa.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa, Zaim Salleh, 10, dikatakan terjatuh dari atas kontena berhampiran rumahnya di Taman Ukay Indah di sini, sebelum punggungnya ditembusi besi sedalam lebih enam sentimeter.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bermain seorang diri di sebuah kontena yang ditinggalkan berhampiran kawasan perumahannya sebelum terjatuh.

Akibatnya mangsa tidak berupaya bangun berikutan batang besi itu ‘melekat’ pada punggungnya.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal Affandi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.09 petang.

“Pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi itu menggunakan alat pemotong khas,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan segera dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Ahmad Kamal berkata, mangsa bernasib baik kerana besi tidak mengenai bahagian organ yang boleh menyebabkan kecederaan parah.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro ke Hospital Ampang mendapati ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di wad kecemasan sementara menunggu laporan perubatan.





0 comments:

share2