Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 17, 2014

PENGERUSI TETAP PEMUDA PAS SESAK NAFAS


Muktamar

Kota Tinggi - Pengerusi Tetap Pemuda Pas, Kamal Ashaari dikejarkan ke hospital kerana dilaporkan mengalami sesak nafas.

Khabar itu diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Riduan Mohd Nor ketika sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas yang berlangsung di Dewan Choon Moi, semalam. 

Sebelum itu, suasana Muktamar Pemuda Pas kecoh berikutan tindakan seorang perwakilan menuntut keputusan siasatan pemilihan muktamar tahun lalu. 

Susulan kekecohan itu, Kamal cuba menenangkan perwakilan dengan berjanji akan membawa laporan tersebut kepada pihak terbabit malam ini juga. 

Bagaimanapun ketika menenangkan perwakilan, Kamal kelihatan sebak sehingga menitiskan air mata.

"Jika keputusan pemilihan diputuskan tidak sah oleh pendaftar pertubuhan (ROS), kita boleh buat muktamar pemilihan semula. 

"Saya akan bawa malam ini juga untuk disiasat. Saya nak ingatkan semua, yakinlah dengan pimpinan yang telah dilantik terutama Majlis Ulama Syura," katanya.

0 comments:

share2