Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 16, 2014

ZOMBI DI SACC MALL


Hollywood Malaysia bawa zombi ke SACC Mall

[VIDEO] Jangan terkejut jika terserempak dengan zombi yang berkeliaran ketika beli-belah di SACC Mall, Shah Alam.

Ia adalah sebahagian daripada gimik pameran 'Hollywood Flash Museum' yang dianjurkan Hollywood Malaysia berlangsung selama tiga hari bermula 15 Ogos sehingga 17 Ogos 2014.

Konsep unik yang diketengahkan adalah muzium bergerak untuk membawa pameran mereka ke seluruh Malaysia.

Amat sesuai jika anda merupakan peminat setia filem Hollywood kerana anda akan mendapat pengalaman untuk menyaksikan sendiri secara dekat peralatan yang digunakan dalam beberapa filem seperti Avengers, Harry Potter, dan filem seram Hollywood.

Menurut pengurus operasi Hollywood Malaysia, Zairul Nazran, antara objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa pemilik barangan eksklusif ini adalah anak jati Malaysia.

Bagaimanapun katanya, pemilik koleksi karakter dari Marvel Comics dan filem seram Hollywood itu mahu namanya dirahsiakan dan ia hanya dikongsikan menerusi pameran sebegini.

"Hanya satu sahaja objektif pameran ini, iaitu untuk memberitahu orang ramai tentang seorang rakyat Malaysia adalah pemilik kepada barangan daripada filem-filem Hollywood ini dan berbesar hati untuk membuat pameran kepada orang ramai,"katanya.

Ini merupakan pameran pertama muzium bergerak Hollywood Malaysia, dan mereka juga merancang untuk melanjutkan pameran ini ke seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Sesiapa yang berkelapangan bolehlah bersama-sama memeriahkan lagi suasana Hollywood di Malaysia dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam.

0 comments:

share2