Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 22, 2014

WAWANCARA : SUARA ANTI TERNAKAN STURGEON DI KUALA TAHAN


Video Klip Wawancara Bersama Prof. Dr. Maketab Mohamed,


Kuantan - Ekoran dari bantahan penduduk terhadap projek ternakan Sturgeon di Kuala Tahan, kami telah mewawancara Prof. Dr. Maketab Mohamed, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk mendapat gambaran jelas mengenai isu berkenaan.

Menurut beliau, MNS (Malaysian Nature Society) telah diminta menasihati dan perjuangkan bantahan projek Sturgeon berkenaan. 2 kali pertemuan dan perbincangan diadakan bagi menerangkan berkenaan ikan Sturgeon serta kemungkinan impaknya kepada alam sekitar dan komuniti di Kuala Tahan.

Isu utama adalah projek berkenaan dijalankan di dalam kawasan lingkungan 5 KM dari Taman Negara yang dikenalpasti sebagai kawasan ESA (Environmental Sensitive Area) dan perlaksanaan projek tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan kajian EIA (Environmental Impact Assessment)  (Baca mengenai EIA) .

Kebimbangan lainnya adalah jika terlepasnya benih-benih ikan berkenaan serta virus-virus darinya ke sungai berhampiran walaupun pada asasnya Sturgeon berkenaan hanya boleh hidup dalam suhu 15 darjah kemungkinan  berlakunya adaptasi terhadap species berkenaan.

Hakikatnya, MNS tidak membantah projek ternakan Sturgeon berkenaan selagi tidak melibatkan kawasan Taman Negara yang diklasifikasikan sebagai kawasan 'ESA' walaupun ikan Sturgeon sebagai ikan 'excotic' yang dilarang dibawa masuk kerana projek berkenaan juga sudah dijalankan di Behrang sebelum ini.

Penerokaan hutan cuma dilihat sebagai kesan sementara namun yang lebih utama adalah akan berlakunya konflik kepada pelancongan yang berasaskan alam semulajadi atau Eko-Pelancongan itu sendiri. Bagaimanapun, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang terutama YAB Menteri Besar sendiri kerana bersedia menerima dan mendengar suara mereka.






0 comments:

share2