Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 13, 2014

TEMERLOH - ZIONIS RACUN UMMAH

Antara yang hadir pada solidariti pengukuhan Umat Islam di masjid Abu Bakar selepas solat Jumaat, semalam.


TEMERLOH - Umat Islam di negara ini diingatkan supaya berhati-hati agar tidak mudah terjebak ke dalam perangkap Zionis melalui protokol Yahudi yang sentiasa menjadi racun bertujuan membunuh jati diri umat.

Pengerusi Bantuan Rakyat Terpinggir (PBRT) Temerloh, Hashim Abdullah berkata, serangan yang dilakukan rejim Israel ke atas umat Islam Palestin adalah mekanisme kepada pelaksanaan protokol tersebut.

Menurutnya, penindasan oleh rejim ke atas umat Islam Palestin tidak akan dihentikan atas kebimbangan mereka terhadap jenayah yang dilakukan ke atas umat Islam tersebut.

“Israel tidak akan membiarkan Palestin kukuh dan berkembang, sebab itulah mereka sentiasa mencari helah untuk dijadikan alasan menyerang Palestin.

“Menjadi tanggungjawab agama dan kemanusiaan bagi seluruh umat Islam berusaha membantu rakyat Palestin keluar dari penindasan tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan digesa menggerakkan pertubuhan negara-negara Islam OIC mengenakan tekanan yang efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan solidariti pengukuhan Umat Islam di Masjid Abu Bakar, di sini semalam.

Hashim berkata, perancangan dalam protokol Yahudi ialah berusaha merosakkan budaya hidup masyarakat melalui amalan hedonisme dalam kalangan remaja melalui kecintaan kepada amalan hiburan melampau.

“Menjadi kemenangan kepada umat Islam sekiranya berkemampuan menyekat budaya ini daripada meresapi jiwa remaja dan pada masa sama kerajaan mempunyai tanggungjawab lebih besar,” katanya.

Hashim juga mengingatkan umat Islam memperbanyakkan doa bagi memohon keselamatan umat Islam dan rakyat Palestin keseluruhannya.



0 comments:

share2