Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 16, 2014

SULTAN MURKA KENYATAAN KHALID SAMAD MENGENAI MAIS





Sepang: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini membidas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang bertindak mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Baginda juga kesal dengan cadangan Khalid yang juga mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif majlis itu.

"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak tertentu. 

"Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat dan ada di kalangan mereka ini dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di negeri Selangor ini," katanya.

Beliau bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang, di sini, semalam.

0 comments:

share2