Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 16, 2014

KUANTAN - VIDEO PEREMPUAN MENGAMUK KERETA DISONDOL





Kuantan, 16hb Julai 2014 - Semalam, klip video amator mengenai seorang perempuan mengamuk dan naik angin apabila kereta barunya disondol dari belakang ditempat pakir kereta di UTC Kuantan tiba-tiba jadi viral dan popular dikalangan penggiat media sosial.

Rakaman berdurasi 2.33 minit itu tersebar luas di youtube dan group-group WhatsApps dan Telegram serta heboh juga diperkatakan di laman facebook dan tweeter.

Memang susah dan tidak wajar bagi kita untuk menilai dan menentukan siapa salah dan siapa benar dari rakaman klip video yang pendek itu. Kita tidak mengetahuinya apakah yang sebenarnya terjadi dari mula. Bagaimanapun banyak pihak yang bersetuju dengan pendapat bahawa tindakan wanita berkenaan adalah tidak  wajar sama sekali dimana beliau kelihatan marah-marah memaki hamun sedangkan pihak yang satu lagi kelihatan lebih tenang dan ingin  menyelesaikannya dengan cari lebih berbudi bahasa.

Apapun, adalah tidak wajar sama sekali wanita berkenaan menunjukkan sikap biadapnya terutama sebagai seorang Islam di bulan ramadan ini. Malahan perbuatannya memukul kenderaan yang melanggar kenderaannya dengan pengunci stereng adalah satu perbuatan yang salah dan bercirikan keganasan dan mungkin boleh didakwa.

Mungkinkah pada ketika itu wanita berkenaan didatangi 'haid' sehingga tidak mampu mengawal 'mood'nya dan mungkin juga ini adalah antara sebab dan alasan ada pihak yang tidak bersetuju apabila seorang wanita dicadangkan menjadi Menteri Besar disebuah negeri.

Berikut link laman media sosial facebook
https://www.facebook.com/photo.php?v=778541102166959&set=vb.467524629935276&type=2&theater
dan laporan dari Astro Awani mengenai kejadian berkenaan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kuala Lumpur: Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial semalam.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam.

Antara komen-komen pengguna Twitter;


Pelik betul cik kak ni mengamuk sbb kete calar sikit. Lagi pelik sebenarnya pakcik tu boleh bersabar dgn perempuan mcm tu.
Mungkin harga lesen yang naik menjadi 2k dapat membendung gejala perempuan terlajak mengamuk kereta kena langgar.

Aku dah tengok video perempuan mengamuk sebab kereta dia dilanggar di tempat parking. Real gile! Dia pegang kunci stereng sambil jerit.
Video perempuan mengamuk tu macam orang tak puasa. Hormat mana?

Pada pandangan penulis, lelaki yang melanggar kereta perempuan itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan, namun tindakan perempuan itu menggunakan pengunci stereng untuk mengetuk kereta lelaki itu adalah satu perlakuan agresif di luar batas kemanusiaan. Ia sepatutnya tidak perlu berlaku.

0 comments:

share2