Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 16, 2014

'HAID' HALANG WAN AZIZAH JADI MB?



Tiba-tiba nama Wan Azizah meledak semula dilaman-laman media sosial terutama facebook dan tweeter. Isunya bukan saja mengenai layakkan beliau dilantik jadi Menteri Besar Selangor, tetepi sudah lebih menjurus kepada soal 'hadi'nya.

Seperti biasa, kita terperangkap dengan mainan media pembangkang yang sentiasa inginkan nama pemimpin mereka sentiasa dibibir rakyat. Nama pemimpin dan parti mereka jangan dibiarkan mati kerana ketiadaan isu. Nama pemimpin dan parti pembangkang mesti sentiasa disebut dan diingat selalu sama ada baik atau buruknya. Kerana itulah mereka sentiasa membangkitkan isu, biar pun remeh-temeh dan media pro kerajaan seperti biasa, menjadi alat mainan mereka.

Haruskan kita membincangkan isu layakkah wanita Menteri Besar sehingga menjadi polemik, kemudian diperpanjangkan lagi sehingga mengaitkan isu 'haid' beliau?

Pada saya, pertama; kita tidak patut sama sekali turut membincangkan soal layak atau tidak wanita dilantik senagai Menteri Besar, dalam soal ini Wan Azizah sendiri kerana itu adalah soal dalaman barisan pembangkang. Biar saja mereka sendiri yang menentukannya dan berdasarkan kepada perlembagaan dan peraturan negeri berkenaan. Keduanya; apakah dalam usia sedemikaian Wan Azizah masih didatangi 'haid' dan belum lagi menopause? 

Pemimpin-pemimpin dan pejuang Barisan Nasional harus terus fokus kepada soal transformasi yang kerajaan cadangkan serta harus terus berusaha mendekatkan diri dengan rakyat supaya akan dapat menambah sokongan rakyat terutama generasi muda yang masih kurang mesra kerajaan. Justeru, komen Peguam UMNO serta Khairy Jamaluddin juga memang tidak wajar kerana hanya membuang masa.

Apapun, pandangan peguam UMNO Dato' Hafanizam dan Khairy Jamaluddin adalah merpuakan pandangan peribadi mereka sendiri dan mengambarkan pandangan parti sama sekali.


~ Editor





0 comments:

share2