BANDAR BERA - Pelajar Tahfiz Bera teruja apabila menerima sumbangan pakaian daripadam Majlis Daerah Bera (MDB) sempena Ramadan ini.
Wakil pelajar, Mohd Fahmi Izudin Mohd Rosdi, 14, berkata, seramai 13 pelajar yang menyertai kelas tahfiz ini menerima sumbangan tersebut.
Kanya, walaupun sumbangan ini tidak banyak tetapi sangat berharga.
“Sebelum ini saya bersekolah di Shah Alam tetapi memilih ke kelas tahfiz untuk mempelajari ilmu keagamaan dengan lebih mendalam,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid dan Surau, dekat sini.
Sumbangan disampaikan Yang Dipertua MDB, Shamsudin Sah Mohd Said.
0 comments:
Post a Comment