Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 3, 2014

MUDAH PERCAYA 'ORANG ALIM' PUNCA RAMAI TERTIPU



Kuala Lumpur 3 Mei - Mudah percaya kepada perwatakan orang alim dan teruja untuk berkunjung ke tanah suci Mekah menyebabkan ramai umat Islam di negara ini mudah menjadi mangsa penipuan sindiket umrah.

Menurut statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, sebanyak 1,826 kes dengan kos kerugian melebihi RM10 juta berhubung penipuan pakej umrah dilaporkan sejak tahun 2010 sehingga tahun lepas.

Malah kebimbangan itu turut dibangkitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam khutbah Jumaat semalam bertajuk 'Takwa asas keluhuran pekerja' berhubung urusan yang melibatkan ibadah pun tidak sunyi daripada gejala tidak bermoral, seperti kes penipuan dalam pakej pelaksanaan ibadah umrah.

Untuk itu, pelbagai pihak menasihati umat Islam supaya berhati-hati memilih agensi untuk mengendalikan urusan mengerjakan umrah.

Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd., Datuk Md Daud Che Ngah, yang banyak mengendalikan pakej umrah dan haji, umat Islam perlu berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan agensi yang tidak dikenali untuk menguruskan urusan ibadah ini.

Antara perkara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada ditipu adalah dengan memastikan agensi yang menawarkan perkhidmatan umrah diiklan di akhbar.

Sumber

0 comments:

share2