Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 3, 2014

BANGKAI MH370 DI KESAN PANTAI TIMUR VIETNAM



London 3 Mei - Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 pada kedudukan 3,000 batu nautika daripada zon carian semasa ketika ini selepas menjejak imej pesawat itu menggunakan teknologi buatan sendiri yang diciptanya.

Tim Akers, 56, berkata, imej serpihan berwarna merah yang dirakamkan satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari pesawat itu berlepas.

Penemuannya itu sekali gus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers mendapat imej itu yang dihasilkan dari satelit Landsat 7, Nasa dan menggunakan perisian buatan sendiri bagi mendedahkan serpihan yang ditemui kepada beberapa bahagian yang berbeza melalui spektrum cahaya.

0 comments:

share2