Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 14, 2014

'TOLONGLAH PULANG, NAK...'




Jasin – "Tolonglah pulang, nak... kasihankan mak dan ayah." demikian luah seorang bapa apabila anak perempuannya yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghilangkan diri sejak 2 Mac lalu.

Ismail Maarof, 62, berkata, kali terakhir anaknya, Syazwany Maarof,17, dilihat bersama isterinya di surau, bagaimanapun secara tiba-tiba menghilangkan diri dengan hanya membawa telefon bimbit.

Menurutnya, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuk mencari di sekitar Jasin, namun sehingga kini gagal dikesan, malah panggilan telefon tidak berjawab.

“Sebelum ini, dia kata hendak cari kerja. Tetapi sekiranya kalau dia berbincang secara baik dan memberitahu saya apa kerjanya, sudah pasti saya menerimanya.

“Saya sekeluarga buntu dan tak tahu kenapa dia menghilangkan diri, sedangkan sebelum itu tidak ada salah faham yang berlaku antara kami," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ismail yang juga Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Bahagia berkata, ini bukan kes pertama anaknya menghilangkan diri apabila dua tahun lalu dia juga pernah bertindak sedemikian, bagaimanapun berjaya ditemui semula.

Berikutan itu, dia merayu kerjasama orang ramai yang mengenali dan pernah melihat anaknya untuk menghubunginya di talian 013-6958849.

0 comments:

share2