Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 15, 2014

JEREBU: TIGA KEM PLKN DITUTUP AWAL


Kuala Lumpur - Tiga kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Selangor ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi bacaan 300.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata tiga kem berkenaan ialah PLKN Paya Indah di Kuala Langat, PLKN Jugra di Banting dan PLKN Princess Haliza di Sepang.

"JLKN dengan persetujuan Kementerian Pertahanan telah memutuskan kem-kem terbabit menamatkan latihan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 863 pelatih dari kem terbabit dihantar ke Pusat Menurun Pelatih manakala 361 pelatih dari Sabah dan Sarawak akan ditempatkan sementara di kem lain sebelum dijadual pulang Selasa ini.

Sejumlah 32,000 pelatih Kumpulan 1 Siri 11/2014 akan menamatkan latihan pada Isnin depan (17 Mac).

0 comments:

share2