Setiu 14 Mac - Seorang pekerja Jabatan Hutan Daerah Setiu yang dilapor hilang di kawasan Hutan Simpan Kampung Payong, Sungai Tong di sini Rabu lalu ditemui pagi tadi.
Wan Saidi Amri Wan Jusoh, 40, ditemui sekumpulan pemancing berdekatan anak sungai di hutan itu kira-kira pukul 11.00 pagi.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamad mengesahkan penemuan tersebut.
Kakitangan itu didapati hilang setelah memasuki hutan berkenaan bersamaempat rakan untuk melakukan kerja-kerja membanci pokok.
0 comments:
Post a Comment