Washington - Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam.
Bunyi `ping itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat membawa 239 orang tersebut sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara.
Sumber itu berkata, sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat.
0 comments:
Post a Comment