"BERIKAN aku 1,000 anak muda maka aku akan memindahkan gunung tapi berikan aku 10 pemuda yang cinta akan tanah air maka aku akan menggoncang dunia."
Kata-kata hikmah di atas datang dari pidato Presiden pertama Indonesia, Ir. Soekarno yang dianggap sebagai antara pemimpin dunia yang mempunyai kehebatan berpidato yang mampu memukau jutaan rakyat Indonesia pada zaman kegemilangannya. Kehebatan sebuah pidato adalah apabila kita mendengarnya semangat diri yang telah hilang akan kembali menguasai diri.
Di negara ini pemimpin yang hebat berpidato memang ramai dan mengikut sejarahnya pemimpin yang mahir berpidato adalah yang mempunyai latarbelakang sebagai seorang peguam mahupun seorang guru. Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar merupakan seorang pentadbir dan penulis yang mapan , Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan pemimpin yang berlatarbelakang undang-undang manakala Tun Ghafar Baba berpendidikan Maktab Perguruan.
Dengan pidato hebat berdepan orang Melayu di kampung-kampung, Datuk Onn sanggup berbasikal menemui mereka sendiri. Beliau menjadi pemimpin orang Melayu yang berjaya menyatukan ahli-ahli UMNO dalam satu perjuangan untuk menjadi bangsa yang tidak perlu dijajah lagi oleh Inggeris. Pada 11 Mei 1946 di Johor maka lahirlah UMNO sebagai sebuah parti terulung membela bangsa Melayu ke arah melepaskan diri dari cengkaman penjajah.
Begitu juga dalam meneruskan perjuangan UMNO sebagai tunjang Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman dengan kehebatan pidato yang amat mengesankan di sanubari orang Melayu telah memimpin negara hingga digelar Bapa Kemerdekaan dan berjaya menyatukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada 1963.
Walau sehebat mana seorang pemimpin memberi wang untuk menagih sokongan, pidatonya tetap menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu kerana itulah sahaja senjata politik yang paling berkesan untuk memenangi hati rakyat. Kerana setiap kata-kata yang hebat akan menusuk kalbu sehingga menjadi igauan tidur dan 'ngobrolan' (sembang) di waktu petang.
Justeru kepada pemimpin-pemimpin muda UMNO sudah sampai masanya anda mengasah bakat melantun suara lantang untuk memastikan buah fikiran dapat disampaikan bukan sahaja kepada ahli UMNO malahan rakyat yang selama ini termakan isi pidato pemimpin pembangkang yang bersalut retorik dan adu domba.
Generasi pemimpin UMNO yang muda bukan sahaja perlu pandai strategi politik malahan perlu juga bijaksana dalam menilai pidato pembangkang yang selalunya ibarat petir hebat di langit tetapi hujan tak jadi. Mereka perlu bijak menjawab tuduhan pembangkang dengan cara pidato yang berisi dan penuh pesona dengan gaya yang bersahaja tetapi mempunyai aura.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pemidato yang hebat, jika tidak beliau tidak layak duduk di kerusi panas sebagai manusia paling berkuasa di planet ini. Sebagai pemidato dan pendebat yang hebat beliau berjaya mengatasi hujah-hujah saingannya John McCain pada pemilihan presiden 2009 dan Mitt Romney pada pemilihan presiden tahun lalu.
Sebagai seorang yang berdarah kulit putih di sebelah ibu dan kulit hitam di sebelah bapa beliau perlu mempunyai wow-factor sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengulas calon-calon yang sesuai untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum baru lalu. Wow-factor Obama adalah gaya pidato ala Inggeris yang banyak mematahkan hujah dengan hujah dan bukan setakat pandai beretorik semata-mata.
Sempena Perhimpunan Agong UMNO minggu depan, pucuk pimpinan perlu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda dari pelbagai sayap mahupun ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru untuk berpidato dan menyerlahkan belang mereka.
Di Selangor contohnya kita ada dua jagoan pidato yang hebat iaitu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dan anak muda Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd.Zohdi yang juga baru mengeluarkan buku beliau Menggilap Pemidato Hebat. Di negeri-negeri lain ada bakat pemidato yang tersembunyi tonjolkanlah.
Sempena perhimpunan agung parti kali ini tampilkan pemimpin muda yang berpotensi sebagai pemidato bersemangat waja yang bakal menggerunkan ahli-ahli parti pembangkang yang dilihat masih dibayangi pemimpin-pemimpin lama yang tidak faham erti transformasi dan banyak mengutarakan idea basi semata-mata. Inilah masa sebenar UMNO diremajakan semula dalam bayangan kelibat pemidato muda yang faham dan insaf akan keperluan UMNO untuk terus relevan di persada politik negara.
Bak kata Soekarno berikan aku 10 pemuda yang cinta akan tanah air maka aku akan menggoncang dunia. Buat masa ini goncangkan dahulu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan isu, hujah, cara mengatasi dan yang penting gaya bahasa seperti bidalan dan pantun seloka setaraf Datuk Aziz Tapa. Insya-Allah.

0 comments:
Post a Comment