KUANTAN - Pembinaan dua hospital masing-masing di Bera serta Rompin yang dijangka siap selewat-lewatnya pada 2015 akan memberi nilai tambah kepada penduduk kawasan berkenaan dalam menikmati kemudahan rawatan kesihatan lebih efisien dan cepat.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Norhizan Ismail berkata, hospital terbabit yang menelan kos kira-kira RM200 juta adalah langkah kerajaan dalam menyediakan kemudahan rawatan kesihatan sempurna kepada rakyat terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Beliau berkata, hospital berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan bedah, wad lebih selesa dan besar serta peralatan canggih boleh menampung jumlah pesakit yang ramai.
"Hospital Rompin dan Bera boleh menempatkan kira-kira 100 pesakit sekali gus memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan rawatan terutama ketika waktu kecemasan seperti bersalin atau mengalami penyakit kronik.
"Jika dibandingkan sebelum ini, mereka perlu menempuh perjalanan jauh hanya semata-mata mendapatkan rawatan.
"Sebagai contoh penduduk di Bera perlu ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh yang jaraknya kira-kira 70 kilometer," katanya ketika ditemui dalam majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Media di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman.
Menurut Dr. Norhizan, pembinaan hospital berkenaan menunjukkan kerajaan begitu peka kepada rungutan dan kesulitan dihadapi penduduk di kawasan berkenaan yang sukar menerima rawatan kesihatan sempurna.
"Apabila siap, kedua-dua hospital ini dapat membantu seterusnya mendidik mereka untuk lebih mementingkan aspek kesihatan melalui kemudahan disediakan nanti.
"Oleh itu, saya mahu penduduk kawasan berkenaan bersabar kerana Hospital Rompin dijangka mula beroperasi awal tahun depan manakala di Bera pembinaannya sudah 25 peratus siap dan dijangka boleh digunakan awal 2015," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan turut merancang membina hospital pakar di Bentong bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat di daerah berkenaan.
"Hospital pakar ini masih dalam perancangan kerana perlu melihat keperluannya kepada penduduk tempatan selain anggaran kos," katanya.

0 comments:
Post a Comment