BENTONG - Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat daerah Bentong telah diadakan di Dataran Bentong. Majlis yang dirasmikan oleh Pegawai daerah Bentong, YH. Dato' Toantowee Bin Mohd Lotfie.
Di majlis berkenaan, YH. Dato' Toantowee berkata, perpaduan rakyat tanpa mengira kaum sangat penting untuk menjamin masa depan negara. Selain itu beliau juga mengingatkan generasi muda sentiasa menghormati Jalur Gemilang kerana ianya adalah lambang kedaulatan negara.
"Rakyat Malaysia juga diingatkan agar sentiasa menyemai semangat patriotik didalam diri. Patriotik adalah semangat cinta yang kuat terhadap tanahair. Perasaan ini perlu wujud dalam diri setiap individu rakyat Malaysia. Jika ini dapat dilakukan, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni", jelas beliau lagi.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada generasi muda supaya mengingat fakta fakta sejarah secara rasional melalui pemahaman dan pengamatan sejarah negara, rakyat Malaysia dapat membina kekuatan semangat cintakan negara. Semangat patriotik ini haruslah disemai sejak kecil lagi agar ianya tumbuh dan subur dihati rakyat Malaysia.
"Semangat patriotik ini perlu diwujudkan didalam masyarakat, hubungan antara kaum, kerjasama didalam pelbagai bidang, memelihara kerukunan hidup bangsa dan meningkatkan kesejahteraan nusa. Soal perpaduan perlu diberi perhatian kerana perpaduanlah resepi utama kita mendapatkan kemerdekaan penjajah dahulu. Perpaduan juga merupakan tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian dan keutuhan daya saing ekonomi negara."
Didalam majlis ini, YH. Dato' Toantowee telah merasmikan program Kibar Jalur Gemilang dengan memberikan Jalur Gemilang kepada semua ketua Jabatan, Ketua kampung dan masyarakat setempat. Selain itu beliau juga telah melekatkan Jalur Gemilang kepada kereta kereta rasmi Kerajaan sebagai simbolik acara Kibar Jalur Gemilang.
0 comments:
Post a Comment