Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 20, 2013

Korban Satria


Empat bersaudara termasuk sepasang suami isteri terbunuh dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal berhampiran susur Ukay Perdana di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) semalam.

Kejadian jam 5.30 petang itu bermula apabila sebuah kereta Proton Satria dari Bukit Antarabangsa menghala Kuala Lumpur mengalami kerosakan brek ketika menuruni bukit menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Kereta itu terbabas merempuh pembahagi jalan dengan merentangi Jalan MRR2 lalu memasuki ke laluan bertentangan menghala Gombak.

“Kereta berkenaan turut merempuh sebuah Perodua Viva dan sebuah motosikal di laluan menghala Gombak. Sebuah kereta Suzuki Swift dari arah belakang juga gagal mengelak lalu merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing.


“Akibat kemalangan itu, dua lelaki dan dua wanita iaitu pemandu Perodua Viva dan tiga penumpangnya tersepit di tempat duduk masing-masing akibat rempuhan kuat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian dan membantu mengeluarkan semua mangsa.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Perodua Viva, Hasbullah Abdul Ghani, 26; isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, serta dua sepupu Nurul Intan Syahida iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22. Semua mangsa yang berasal dari Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

0 comments:

share2