Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 30, 2012

Malaysia Negara Pertama Membuka Kedutaan Di Palestin


Hamas memberi respons positif kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Malaysia berhasrat menjadi negara pertama membuka sebuah kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.

Menyifatkan langkah itu sebagai sangat bermakna, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas Usamah Hamdan turut mengambil maklum bahawa ia menggambarkan pendirian positif kerajaan Malaysia dan kepimpinan UMNO terhadap Palestin serta rakyatnya.

"Kami berharap ini akan memberi inspirasi kepada kerajaan Arab dan Islam serta komuniti antarabangsa untuk mengambil pendirian serupa menyokong Palestin," katanya di luar Persidangan Agung UMNO 2012 yang dirasmikan oleh Najib, selaku presiden UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Najib menyatakan tentang kemungkinan Malaysia menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak, semasa menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian perhimpunan agung UMNO itu.

Usamah, yang dijemput menghadiri beberapa acara anjuran UMNO yang diadakan sempena perhimpunan agung itu, menyuarakan harapan agar kedutaan yang bakal dibuka kelak akan membantu dalam pembinaan semula Palestin.

Read more »

Thursday, November 29, 2012

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO DI PAU12

Bahagian 1



Bahagian 2

Read more »

Penjelasan Program TUKAR Diperluaskan


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai peniaga kaum Cina beranggapan Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar) membebankan mereka.

Katanya, setakat ini, kurang 10 peratus peniaga kaum itu menyertai projek Tukar.

"Peniaga Cina takut menyertai projek Tukar kerana mereka tidak mendapat penjelasan tepat mengenainya kerana sebelum ini semua maklumat disampaikan dalam bahasa Melayu.

"Sehubungan itu, kita akan kerap turun padang bagi menjelaskan kedudukan sebenar kepada peniaga terbabit tentang hasrat murni kerajaan untuk membantu peniaga tanpa mengira kaum dan agama," katanya selepas majlis penerangan dan berdialog dengan peniaga Cina di Bandar Triang di sini, malam tadi.

Program Tukar merupakan Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Jelas beliau, peniaga yang menyertai projek Tukar tidak semestinya perlu menjual produk 1Malaysia kerana ia terpulang kepada peniaga itu sendiri untuk menjual barangan lain di premis mereka.

"Cuma yang membezakan adalah cara pentadbiran dan pengurusan perniagaan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik dan sistematik," katanya. - BERNAMA

Read more »

Pengundi Muda Penentu Kemenangan


Jumlah pengundi muda seramai 5.9 juta orang dijangka menjadi faktor penentu kemenangan sesebuah parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu merupakan pecahan daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi berdaftar di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 2.4 juta pengundi terdiri daripada mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 29 tahun dan kali pertama mengundi. Mereka ini terdiri daripada kumpulan profesional dan separa profesional yang akan menjadi faktor penentu kemenangan.

"Jadi, amat penting untuk mendekati golongan ini melalui pelbagai pendekatan bagi mendapatkan sokongan sama ada secara bersemuka atau melalui media sosial," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, sekiranya pendekatan bersemuka tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk mendekati kumpulan berkenaan, skuad media trooper UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus memainkan peranan dengan berkesan.

"Media trooper berperanan untuk menangkis serangan yang dilemparkan pembangkang dengan syarat ia harus berada dalam bilik yang sama walaupun bantal berbeza.

"Pada masa tersebut, tidak penting untuk melayan perbezaan pendapat sebaliknya kemenangan UMNO dan BN harus menjadi objektif utama," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan calon yang akan mewakili BN pada PRU-13 diisi oleh calon orang muda, Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu tidak mustahil berdasarkan taklimat yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia memberi bayangan bahawa generasi muda akan diberi peluang kali ini dan hakikat itu harus dilihat secara positif oleh mereka yang telah lama berkhidmat dalam parti.

"Kita harus memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan satu struktur pemimpin pelapis UMNO dan BN," katanya.

Read more »

Sayap UMNO Sedia Gempur


Tiga sayap UMNO dengan penuh bersemangat melaungkan keazaman untuk bertarung habis-habisan bagi memastikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tekad berkenaan dilafazkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung sayap masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Shahrizat ketika menyampaikan ucapan bertemakan, “Masa Depan UMNO: Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan" berkata, beliau amat yakin seramai 230,000 jentera pergerakan itu bersiap sedia sepenuhnya untuk mempertahankan kemenangan BN.

Bagaimanapun beliau mengingatkan selepas pilihan raya umum lalu, landskap politik telah banyak berubah yang memerlukan mereka beranjak sesuai dengan perubahan itu bagi melonjak kemenangan.

‘‘Dalam pilihan raya umum akan datang, kemenangan yang kita harapkan tidak akan datang “bagai yang bulat bergolek dan yang pipih melayang.

‘‘Jika kita gagal menyelami dan memahami gelombang perubahan ini, pendekatan kita akan dilihat hambar dan gerak kerja kita tidak bermaya. Wawasan dan dasar UMNO kita akan dianggap lapuk dan gagasan kita disifatkan sebagai usang. Oleh itu adalah amat penting untuk kita memenuhi aspirasi dan memahami perubahan pemikiran orang-orang Melayu.

‘‘Percayalah! tanpa UMNO, agama dan bangsa orang Melayu akan tergadai. Siapa lagi yang hendak kita harapkan menjaga agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini?

‘‘Kita tidak ada pilihan kerana dalam senario politik hari ini, hanya UMNO sahajalah yang dapat mempertahan serta memartabatkan agama dan bangsa,’’ katanya.

Sementara itu dalam ucapan penuh bersemangat bertemakan ‘Antara dua masa depan’, Khairy pula mengingatkan Pemuda UMNO supaya bersedia kerana semboyan perang pilihan raya sudah bergema.

‘‘ Dalam berahi kita membongkar helah pembangkang, jangan sekali kita lupa. Di hadapan benteng bala tentera musuh kian mara. Langkah demi langkah, mereka seret bendera dan meriam kehancuran, yang bakal meranap harmoni yang telah lama kita bina.

‘‘Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang! Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber! Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa. Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana!,’’ tegasnya sambil disambut sorakan perwakilan.

Beliau menegaskan, masa depan bersama BN akan menjamin Perlembagaan kekal dijulang, raja dijunjung, Islam dimuliakan, kedaulatan negara dipertahankan dan bangsa Melayu diperkasakan.

‘‘Masa depan di bawah pakatan pembangkang akan melihat negara bakal muflis, maruah bangsa dipijak-pijak, kacau bilau di mana-mana, Islam yang tidak terbela, keruntuhan akhlak dan moral, silap haribulan kemerdekaan tergadai.

‘‘Di bawah muslihat pakatan, Persekutuan Malaysia akan jadi perpecahan Malaysia. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan ideologi dan undang-undang yang berbeza. Hudud versi Pas akan mengawal hidup di Pantai Timur sekali gus menakutkan orang bukan Islam dan konsep “Malaysian Malaysia" yang meminggirkan orang Melayu akan bermaharajalela di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

‘‘Di negeri-negeri PKR pula, tiada apa yang suci, semuanya halal, anything goes, asalkan Anwar kekal dijulang,’’ tegasnya.

Rosnah pula menegaskan, Puteri UMNO berikrar, akan menumpahkan segala kesetiaan, mengerah segala kudrat dan kekuatan serta berpadu merapatkan barisan demi memastikan BN menang dalam pilihan raya yang akan datang.

‘‘Puteri berikrar, biarpun perit kita akan bangun mempertahankan maruah parti, Puteri berikrar, biarpun jerih Puteri akan bangun mempertahankan jalan juang parti, Puteri berikrar biarpun sakit Puteri akan tetap mempertahankan parti pusaka ini sampai mati.

‘‘Puteri berjanji kita akan lawan mereka yang membakar parti dengan fitnah. Kita akan tentang mereka dalam parti yang suka mencucuk dan mencanang. Kita akan pertahankan parti dari dibunuh pengkhianat dan petualang,’’ tegasnya.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat berkenaan, mereka akan mengetepikan segala soal peribadi dan sikap yang boleh merosakkan parti.

Read more »

Wednesday, November 28, 2012

Mengapa Hamas Tidak Bertemu PAS ?


Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia. Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.

Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya. Justeru, secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.

Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam. Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.

Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat – Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 , menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.

Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.

Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten. Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas. Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.

Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.

Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.

Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.

Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.

Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.

Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia. Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.

Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.

Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri. Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.

Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.

Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.

Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?

Read more »

Tuesday, November 27, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO #PAU2012

Rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada DS Najib menakhodakan negara, sewajarlah ahli UMNO pula dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh menaruh kepercayaan kepadanya



Perhimpunan Agung UMNO terakhir sebelum PRU13 akan berlangsung bermula esok sehingga 2hb Disember nanti. Bukan sahaja parti-parti politik dinegara kita yang memberikan tumpuan kepada persidangan berkenaan, bahkan permerhati politik dari negara luar juga akan memberikan tumpuan kepada persidangan tersebut kerana ini jugalah sedikit sebanyak akan menentukan keputusan pada PRU akan datang.

Kekuatan dan kesepakatan ahli-ahli UMNO akan terbukti disini nanti. Harap-harap perwakilan UMNO yang membawa hasrat dan tanggungjawab bahagian-bahagian masing-masing akan kembali dengan membawa semangat yang tinggi bagi merapatkan saf perjuangan. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh. Jangan lagi kita salahkan sesiapa jika kegagalan dalam PRU12 berulang lagi.

Berikut adalah aturcara sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula 27hb akan November 2012 hingga 1hb Disember 2012.

Peringatan:
Untuk masuk majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka 2.30 petang esok bersamaan Selasa dan semua Pwersidangan sehingga Sabtu ini, mykad @ kad pengenalan akan digunakan di pintu masuk. Sila bawa mykad @ kad pengenalan masing-masing dan kehadiran tidak sah kepada wakil bagi tujuan keselamatan dan rekod Persidangan.


TAKLIMAT PRESIDEN  
Majlis Taklimat Presiden  
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66)  
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)  
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI  
Pendaftaran Perwakilan  
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)  
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC  

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI  
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung  
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri  
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)  
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA  
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA  
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)  
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)  
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC  

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN  
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu)  
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC  

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO  
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO  
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  
Anjung Merdeka  
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)  
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  

SOLAT JUMAAT 
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)  
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang  
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC  

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO  
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)  
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam  
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC  

GERAI JUALAN  
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu)  
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam  
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC 




Read more »

Monday, November 26, 2012

Islam Mengajar Umatnya Berdoakan Kebaikan


BERDOALAH kepada Allah kerana berjuta manfaat yang boleh kita dapatkan daripada sebuah doa. Makna doa menurut Imam al Khattabi ialah permohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba daripada Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termeterai pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya. (lihat Sya'n ad Dua')

Dari sudut psikologi, orang yang selalu berdoa bukanlah menggambarkan orang tersebut tidak memiliki keyakinan diri atau orang yang tidak mahu berdoa adalah orang yang tinggi keyakinan diri dan independent sebab para Nabi dan Rasul selalu berdoa kepada Allah Taala. Ketika Nabi Muhammad SAW dihalau dari Thaif oleh lemparan batu-batu sehingga darah mengalir menitik ke tanah, maka Nabi bersandar pada pohon kurma lalu berdoa agar penduduk Thaif akan menerima hidayah.

Apa yang Nabi Muhammad SAW lakukan dan seluruh para utusan Allah telah lakukan, iaitu selalu berdoa kepada Pencipta, kerana Allah Taala menyuruh manusia untuk selalu berdoa dan orang yang enggan berdoa dikatakan sebagai menyombong diri kepada Sang Pencipta. Allah Taala telah berfirman:

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina." (surah al-Ghaafir : 60)

Ibadah dan taqarub kepada Allah

Doa juga adalah ibadah serta lambang 'taqarub' iaitu amalan mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda "Doa itu adalah ibadat" (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa." (Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Dengan jelas dalam sebuah hadis menunjukkan bahawa Allah suka apabila seorang hamba berdoa kepada-Nya. Nabi mengingatkan kepada para sahabat sekali gus kepada kita sebagai umatnya: "Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan)." (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Oleh sebab doa adalah ibadah maka Nabi telah mengajarkan tatacara untuk berdoa, tempat-tempat yang mustajab serta terlarang untuk berdoa, istiqamah (konsisten) dalam berdoa dan tidak putus asa dalam berdoa. Dalam ruangan yang terbatas ini, kita hanya menyentuh beberapa perkara penting yang kadang kala kita terlepas pandang.

Sebuah doa harus dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Nabi menerangkan cara ini dengan bersabda: "Apabila di antara kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian berselawat ke atas Nabi, kemudian mintalah apa yang dia mahukan". (Hadis riwayat al-Tirmidzi). Lebih baik sekiranya dalam memuji Allah, kita menggunakan nama-nama Allah yang indah-indah (Asma ul Husna), bersesuaian dengan konteks doa kita. Allah berfirman: "Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah, berdoalah dengannya." (surah al-A'raf :180)

Contohnya ketika kita ingin minta agar dimurahkan rezeki maka kita gantikanlah seruan "Ya Allah" dengan "Ya Razzaq" atau "Ya Majiid". Begitu juga ketika kita ditimpa masalah dan berdoa agar masalah tersebut hilang, kita boleh menggunakan nama-nama yang lain seperti "Ya Basit", "Ya Rafi'", "Ya Wasi'" dan sebagainya. Selama ini kita hanya menghafal Asma ul Husna malah sering juga kita lagukannya, namun kita tidak pernah menggunakan Asma ul Husna ini dalam berdoa.

Tidak tergesa-gesa

Insya Allah, apa yang kita panjatkan kepada Allah dengan ikhlas dan mengikut contoh yang telah Nabi SAW tunjukkan, pasti Allah akan mengkabulkan. Satu ketika Nabi SAW bersabda kepada para sahabat: "Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: "Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa". Bersabda Nabi: "Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya." (Hadis riwayat Ahmad)

Justeru janganlah kita mudah putus asa dan berfikir bahawa Allah Taala mengabaikan kita dan tidak mendengar rintihan hati kita. Juga kita wajar bersabar dalam memohon sesuatu. Nabi bersabda: "Dikabulkan (doa) salah seorang daripada kamu selama dia tidak tergesa-gesa iaitu dengan berkata: "Aku sudah berdoa (tetapi) tidak dikabulkan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dikhabarkan oleh beberapa ulama salaf bahawa Nabi Musa dan Harun berdoa selama 40 tahun agar Firaun memeluk Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim terus berdoa sehingga lanjut usia agar diberikan zuriat. Bagaimana pula dengan kita? Sudah berapa tahun kita berdoa? Atau kita hanya berdoa baru beberapa hari dan minggu sahaja?

Bandingkan diri kita dengan Nabi Musa serta adiknya, Harun. Mereka begitu hampir kepada Allah SAW tetapi mereka terus berdoa agar Firaun yang Maha Kafir akan beriman serta taubat. Dalam masa yang sama mereka terus sabar dengan penindasan yang dilakukan oleh Firaun kepada Bani Israil.

Doa kepada pemimpin

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW mengajak kita untuk mendoakan kebaikan kepada para pemimpin, bukan sebaliknya. Abu Hurairah bercerita: "Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar keburukan ke atas mereka". Orang ramai menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda berkata: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Pemimpin yang zalim sudah ada sejak zaman berzaman, bukan hanya muncul selepas kewafatan para ulama salaf As soleh. Hasan Al Basri, yang hidup di bawah asuhan para Ummul Mukminin malah Ummu Salamah merupakan ibu susuannya, pernah melarang orang yang berdoa keburukan untuk pemimpin negara. Beliau berkata kepada orang yang mendoakan kehancuran untut Gabenor Hajjaj At Tsaqafi: "Janganlah engkau melakukannya!".

Begitu juga ketika ajaran Mutazilah yang sesat menjadi mazhab rasmi Dinasti Abasiyah, banyak para ulama ditangkap dan disiksa serta dibunuh. Masyarakat dipaksa untuk menganut akidah sesat. Akidah adalah hukum Islam yang tertinggi dan paling utama. Antara hudud dan akidah, maka akidah adalah asas kepada Islam sementara hudud adalah penyempurnaan kepada peraturan Islam.

Imam Ahmad turut ditangkap dan disiksa, tetapi beliau tidaklah mendoakan agar pemimpin Bani Abasiyah tersebut pecah perut dan dilaknat Allah. Imam Ahmad berkata: "Sesungguhnya aku mendoakan untuk pemerintah agar diberi kebaikan dan afiyah. Jika terjadi peristiwa pemberontakan kepada pemerintah, kamu benar-benar akan melihat keburukan yang menimpa Islam" (lihat Al-Sunnah oleh Al- Khallal)

Oleh sebab itu, mendoakan kebaikan kepada pemimpin adalah cir-ri-ciri Ahlus Sunnah, manakala mendoakan kejahatan kepada pemimpin adalah lambang ahli bidaah yang sesat dan menyesatkan. Imam Al-Barbahari menjelaskan ciri-ciri ini dalam kitab akidahnya: "Jika engkau melihat seseorang mendoakan keburukan untuk pemimpin maka ketahuilah bahawa dia seorang pengikut hawa nafsu. Jika engkau melihat seseorang mendoakan kebaikan untuk pemimpin maka ketahuilah bahawa dia Ahlus Sunnah." (lihat Syarhu al-Sunnah oleh al-barbahari).

Read more »

Tawaran Mubaligh Nasrani Hanya Sekadar Umpan

Kemewahan yang ditawarkan mubaligh Kristian kepada Orang Asli di negeri ini hanya untuk mengaburi mata dan bersifat sementara.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kemewahan itu belum tentu dapat menampung keperluan Orang Asli secara keseluruhannya.

“Kemudahan dan kemewahan yang ditawarkan oleh mubaligh Kristian hanya untuk menarik perhatian Orang Asli supaya mereka bertukar agama dan kemudian keperluan mereka mungkin akan diabaikan.

“Apa yang berlaku sekarang bukan sesuatu yang membimbangkan, malah saya yakin pihak Muip mampu menanganinya,” katanya semalam.

Katanya, bantuan yang dihulurkan kepada Orang Asli di negeri ini meliputi kemudahan bersifat kesinambungan.

“Kita akan membantu Orang Asli dari awal mereka memeluk Islam hingga mampu untuk berdikari. Sebagai  contoh, kita menyediakan bantuan saraan mualaf selama tujuh tahun di mana setiap pemohon akan menerima sebanyak RM300 sebulan dan RM50 bagi setiap
tanggungan.

“Selepas tamat tempoh tujuh tahun itu, jika mereka masih tidak mampu menanggung keluarga, boleh membuat permohonan kepada Muip untuk melanjutkan bantuan,” katanya.


Wan Abdul Wahid berkata, pihaknya juga sudah menambah seramai 30 pembantu penggerak yang bakal ditempatkan di perkampungan Orang Asli dalam masa terdekat.

“Semua pembantu penggerak yang terdiri daripada Orang Asli sendiri sudah menjalani latihan selama setahun di Yayasan Pahang dan dibekalkan dengan ilmu agama untuk membimbing rakan lain.

“Saya yakin dengan penambahan pembantu penggerak ini, kita mampu mengawal kegiatan mubaligh Kristian serta menghalang mereka daripada terus meracuni fikiran Orang Asli,” katanya.

Read more »

Pembersihan Umat Islam Palestin


SEJAK tertubuhnya "negara Israel" di tanah air Palestin pada 1948, Israel telah melakukan ratusan siri pembersihan etnik dan mahu mengusir Palestin dari tanah air mereka. Ini bukan peperangan. Ini pembersihan etnik seperti yang berlaku di Eropah Timur semasa Perang Dunia Kedua termasuk di Bosnia pada awal 1990-an. Bukanlah peperangan namanya kalau kekuatan antara kedua-dua pihak bagai langit dengan bumi.

Israel menggunakan senjata pembunuh termoden termasuk penangkis berteknologi tinggi berbanding Palestin yang masih menggunakan senjata konvensional dan selebihnya menggunakan lastik. Dalam serangan terbaru, 168 orang awam Palestin terbunuh dan lebih 1,000 orang lagi cedera. Tetapi di sebelah Israel hanya mengorban lima tentera. Daripada angka ini, siapakah yang melakukan kekejaman?

Khamis lalu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas. Walaupun semasa menghadiri sidang Kemuncak ASEAN ke 21 di Phnom Penh, Kemboja minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji menghentikan serangan, reaksinya terhadap gencatan senjata adalah berbeza. Obama tetap berat sebelah apabila berkata, "Israel perlu mempertahankan diri." Ini memberi gambaran bahawa Israel diserang bukan menyerang yang mengakibatkan 168 orang awam Palestin terbunuh.

AS memang terlibat dalam perang ke atas Palestin. Buktinya AS menyumbangkan sebanyak AS$290 juta kepada Israel untuk membangunkan sistem penangkis peluru berpandu, Iron Dome. Sistem penangkis ini digunakan dalam serangan terbaru untuk menangkis serangan balas pejuang Hamas. Israel kini menggunakan lima bateri pelancar yang menelan belanja AS$50 juta dan memerlukan tujuh lagi untuk mendepani Hamas.

Pembiayaan tambahan bateri dan pelancar penangkis itu ditanggung oleh AS. Obama telah memohon kepada Kongres pada 2011 untuk menyalurkan dana kepada Israel bagi mempertingkatkan sistem pertahanannya. Semua ini membuktikan bahawa dalang di sebalik pembersihan etnik di Palestin adalah AS. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam reaksinya tidak yakin gencatan senjata ini akan bertahan lama. Ini terbukti apabila tentera Israel membunuh seorang awam Palestin dan mencederakan sembilan yang lain. Israel telah mencabul gencatan senjata yang hanya bertahan sehari.

Sejak tercetus konflik Israel - Palestin pada 1948, lebih 100,000 orang awam Palestin terbunuh dan dianggarkan 1.8 juta cedera. Angka ini tidak sepadan dengan hanya 3,700 tentera Israel yang terbunuh dalam konflik tersebut. Perkara ini berlaku kerana Israel menyerang dan melakukan pembersihan etnik.

Lautan darah

Lihat sahaja apa yang berlaku di kem pelarian Sabra dan Shatila di sempadan Lebanon pada 16 hingga 18 September 1982. Kem itu menjadi lautan darah apabila rejim zionis membunuh lebih 3,000 orang awam sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tidak ada seorang pun pejuang Palestin di situ. Kekejaman itu berterusan apabila Israel dinaungi oleh kuasa besar seperti AS. Di Sabra dan Shatila adalah pembersihan etnik walaupun dinafikan oleh rejim zionis.

Dalam serangan terbaru Israel menafikan mereka mensasarkan orang awam, sebaliknya kepada pejuang Hamas. Penafian ini sama dengan serangan di kem Sabra dan Shatila, alasannya mereka memburu pejuang Palestin tetapi yang dibunuh adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan di Masjid Dahmash pada 11 Julai 1948 juga serupa. Pasukan komando Israel yang diketuai oleh Moshe Dayan telah membunuh lebih 100 orang awam yang sedang sembahyang. Katakan apakah ini bukan pembersihan etnik? Moshe Dayan yang kemudian menjadi Menteri Luar Israel digelar "syaitan mata satu" kerana sebelah matanya cedera dan memakai penutup mata di majlis rasmi. Dia telah menyumbangkan banyak catatan berdarah pembersihan etnik ketika mengetuai pasukan tentera Israel.

Kenyataan Obama bahawa Hamas pengganas ternyata berat sebelah kerana statistik menunjukkan hanya lima tentera Israel yang terbunuh berbanding lebih 168 orang awam Palestin terkorban.

Obama terus menafikan hak Palestin yang menuntut status negara di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walaupun menjadi sasaran pembersihan etnik, Palestin terus dihalang untuk mendapat status negara bukan anggota di PBB. Semua ini kerana status itu akan membolehkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague mendakwa Israel melakukan jenayah perang.


Kerana itu yang menjadi kunci kekuatan Palestin adalah Mesir. Negara yang baru merdeka dari menjadi proksi AS ini adalah faktor kebangkitan Palestin. Perubahan politik Mesir yang menyaksikan tumbangnya diktator pro Israel, Hosni Mubarak menjanjikan harapan kepada Palestin.

Kemenangan Morsi menggugat Israel apabila secara terbuka beliau menyatakan sokongan kepada Palestin dan pejuang Hamas. Keadaan ini telah mengubah geopolitik Asia Barat apabila Palestin mendapat tenaga baharu daripada jiran seperjuangan seperti Mesir. Ketika era rejim Hosni Mubarak yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, Palestin dijadikan mangsa penindasan Mesir.

Janji Obama tidak membawa makna berbanding kewujudan "Mesir baharu" yang lebih dekat dengan perjuangan Palestin di Gaza. Malah sepenggal yang lalu Obama tidak memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh membela Palestin yang dizalimi Israel. Sebaliknya kenyataan awal Obama semasa Palestin diserang baru-baru ini menyalahkan Palestin dan melabelkan Hamas sebagai pengganas yang mengancam Israel.

Menebus derhaka

Ketika rakyat Palestin menderita diserang Israel pada 2008 yang mengakibatkan lebih 250 orang terbunuh, beribu tan makanan untuk Palestin terbiar dan rosak apabila Hosni Mubarak menutup sempadannya. Kerana itu perkara pertama yang boleh dilakukan Mesir ketika ini ialah membuka sempadan untuk membolehkan dunia menyalurkan bantuan kepada Palestin.

Sebelum perancangan jangka panjang untuk membebaskan Palestin, usaha jangka pendek yang diperlu dilaksanakan adalah membuka pintu masuk melalui Mesir. Morsi mesti menebus derhaka Presiden Anwar Sadat kepada saudara Islamnya di Palestin apabila menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 26 Mac 1979. Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 ekoran bantahan perjanjian damai dengan Israel. Bermula dengan Anwar Sadat hingga Hosni Mubarak, Presiden Mesir adalah kalangan tentera dan mereka mendapat dana khas daripada AS.

Bantuan menerusi laut seperti sebelum ini telah disekat oleh Israel dan sukarelawan dari pelbagai negara telah dibunuh. Maka pilihan utama adalah jalan darat menerusi sempadan Mesir. Ketika ini Palestin menderita ketiadaan air bersih, makanan, perubatan, sumber tenaga dan juga bahan-bahan binaan untuk membangunkan semula kediaman yang dimusnahkan Israel. Dengan adanya laluan di sempadan Mesir, bantuan dunia kepada Palestin dapat diuruskan dengan lebih berkesan. Kunci untuk membebaskan Palestin adalah kesepakatan Islam khususnya di Asia Barat. Kahadiran Mesir telah menunjukkan petanda positif kepada Palestin. Kesediaan Iran dan Jordan dengan sendirinya memberi tekanan kepada Israel. Obama tidak akan membuat sesuatu untuk Palestin kerana itu bertentangan dengan dasar Yahudi. Obama akan meneruskan dasar luar AS yang menyokong Israel dan menindas Palestin.

Read more »

Sunday, November 25, 2012

UMNO Tetap Parti Pilihan Orang Melayu


Janji ditepati" dengan Najib dan kerajaan serta parti yang beliau pimpin memang sangat dekat. Bukan sekadar menepati setiap janji, Najib juga melakukan perubahan dan pembaharuan dengan mencetuskan pelbagai idea kreatif yang tidak terfikir pun sebelum ini.

Bagi beliau, dalam abad ke-21 ini, keunggulan akan dapat diperoleh oleh mana-mana pihak yang dapat memenangi idea. Najib juga telah membuktikan beliau mampu membawa kebangkitan kepada UMNO dan BN walaupun di peringkat awal ada yang menggeleng kepala tidak yakin. Dari tahun ke tahun, kepimpinan beliau semakin menyerlah dan mantap.

Dalam mood perhimpunan agung UMNO yang berlangsung minggu depan dan bahang pilihan raya umum yang semakin dirasai, Najib dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya BN yang boleh menjanjikan masa depan lebih baik untuk rakyat termasuk generasi muda.

Kepada orang Melayu yang sekian lama mengharapkan perpaduan, Najib memberi dua pilihan - penyatuan parti-parti politik mewakili orang Melayu atau tampilkan UMNO sebagai parti terkuat orang Melayu’.

Apa mesej dan harapan Datuk Seri kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2012 memandangkan ia merupakan perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

NAJIB: Bukan rahsia lagi ini merupakan perhimpunan terakhir sebelum PRU 13. Oleh itu, perhimpunan agung pada kali ini seharusnya menggambarkan kita sebuah parti yang sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dalam erti kata sebenar. Sama ada dari segi imej parti, hala tuju, perpaduan dalaman, organisasi sampailah ke peringkat akar umbi seharusnya menampilkan sebuah parti yang sudahpun mantap, mempunyai daya juang dan motivasi yang tinggi untuk memastikan kemenangan besar untuk UMNO dan BN.

Dibandingkan dengan perhimpunan yang lepas, bagaimana Datuk Seri menilai pencapaian UMNO setahun kebelakangan ini termasuk dari segi kekuatan, juga kelemahan?

NAJIB: UMNO sebagai sebuah parti telah dapat meningkatkan persiapan dan kesediaannya untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Kerja-kerja yang telah diarahkan kepada parti telah dapat disempurnakan. Ini sama ada persediaan sampailah peringkat kepada pusat daerah mengundi dan kerja-kerja lain yang patut kita lakukan sebagai sebuah parti. Ia meliputi kursus, penambahan pengundi, memastikan khidmat bakti kita kepada masyarakat terus ditingkatkan lagi dan mengelak daripada permasalahan dalaman yang boleh menggugat imej parti. Saya akui memang bukan semuanya boleh dikatakan ideal atau tidak ada masalah dalaman sama sekali. Tetapi umumnya memang lebih baik hari ini berbanding setahun yang lalu.

Dan, tentu jauh lebih baik daripada gambaran yang kita lihat dalam pakatan pembangkang yang hari ini menampilkan parti yang tidak sehaluan, ikatan yang rapuh dan banyak yang cuba diselindungi mereka selama ini. Hal ini sudahpun terbongkar dan sudah tidak dapat dibendung lagi. Apa yang dilihat sebagai permasalahan dalaman sama ada dari segi perbezaan hala tuju ataupun dari segi perkara pokok seperti siapa patut jadi Perdana Menteri. Mahupun dari segi amalan-amalan dalam parti yang hebat dipertikaikan, pendapat tentang kebebasan menukar agama, pendapat tentang amalan yang tidak selari dengan Islam dan sebagainya. Jadi kalau kita lihat antara dua itu, UMNO dan BN lebih menambah keyakinan manakala parti pembangkang lebih menimbulkan banyak tanda tanya dan kontroversi yang boleh dipertikaikan oleh pengundi.

Adakah perkembangan ini boleh memberi perangsang kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO?

NAJIB: Sama ada ia memberi keuntungan kepada kita ialah sejauh mana kita dapat menyampaikan mesej dan komunikasi kita kepada rakyat. Itu yang perlu. Bila saya sebut komunikasi bukan secara konvensional tetapi juga melalui media alternatif dan sebagainya perlu kita lakukan supaya rakyat benar-benar tahu bahawa pilihan yang terbaik adalah BN.

Datuk Seri tentu akan menggunakan ucapan dasar untuk memberi mesej yang jelas kepada seluruh jentera parti dan rakyat. Boleh Datuk Seri jelaskan?
NAJIB: Ya, ucapan dasar biasanya boleh dianggap sebagai penentu kepada perbahasan yang berlaku dalam perhimpunan sebab jurucakap akan ambil panduan daripada ucapan Presiden. Jadi kandungan dan penegasan yang saya akan buat dalam ucapan itu adalah bagi meletakkan parti kepada satu keadaan yang dapat menggambarkan perkara-perkara yang positif kepada UMNO sama ada dari segi pencapaian selama ini, hala tuju dan keyakinan terhadap kepimpinan UMNO. Di samping itu boleh memberi jawapan dan menyanggah tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pembangkang kepada kepimpinan UMNO dan BN.

Selesai perhimpunan nanti, para perwakilan akan pulang ke kawasan masing-masing setelah berkampung di PWTC. Kepada mereka ini apakah nasihat yang Datuk Seri mahu berikan?

NAJIB: Saya berharap mereka akan dapat menghayati mesej yang diterapkan dalam perhimpunan tersebut dan dapat menterjemahkan dalam bentuk tindakan serta sikap masing-masing.

Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka harus mendepani cabaran PRU13 dan bagaimana kita harus meletakkan persediaan kita secara mantap. Bukan sahaja dari segi persiapan secara fizikal seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya, tetapi persedian dari segi semangat dan sikap kita untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai keutamaan. Tidak ada apa-apa perhitungan yang lain meski pun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita.

Kita mahu pastikan parti menang, sebab tujuan utama ialah untuk membentuk kerajaan. Dan kerajaan adalah tempat sandaran kita pada masa ini dan masa akan datang. Saya juga berharap mereka lebih masak dan lebih berkemampuan untuk menjawab isu-isu nasional dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada kita. Ahli-ahli parti mesti mampu untuk mengupas dan menjawab serta menangkis sebarang isu nasional.

DISIPLIN DAN PENGKHIANAT

Sejauh mana disiplin dalam UMNO/BN sejak Datuk Seri ambil alih kepimpinan?
NAJIB: Mereka dan beri ikrar dan buat pengakuan. Tun Dr. Mahathir pun bantu jumpa mereka. Sudah angkat tangan sumpah pengakuan. Dalam perhimpunan agung pun dah berikrar. Saya tak upaya lebih daripada itu. Saya dah buat apa yang boleh saya buat. Jadi terserah kepada tubuh badan sendirilah. Kalau mereka langgar sumpah, saya tak tahulah. Itu terserah kepada mereka. Itu antara mereka dengan Tuhan.

Jadi penubuhan jawatankuasa disiplin diharap sedikit sebanyak boleh membantu?
NAJIB: Sepatutnya kita tidak perlu disiplinkan sesiapa. Yang saya nak tekankan adalah mendisiplinkan diri sendiri sehingga kita tidak perlu kepada jawatankuasa. Bila kita tahu tempat itu ada had laju, kita tidak perlu kepada Kamera Sistem Penguatkuasaan (AES) sebenarnya. Tetapi kita terpaksa buat di sesetengah tempat sebab kita mahu didik orang kita. Kalau kita disiplin, kita dapat selamatkan nyawa dan diri kita. Dalam kes ini, maknanya kalau kita ada disiplin diri, parti kita pasti capai kejayaan. Itulah yang patut kita utamakan sebab kalau kita menang kerusi tetapi gagal bentuk kerajaan, apalah gunanya. Maknanya kita jadi pembangkang. Kalau kita terkontang-kanting sebagai pembangkang, apa maknanya. Soal pilihan raya ini yang paling utama kerana kita hendak bentuk kerajaan.

Mengenai tindakan sabotaj, mungkinkah cara menamakan calon lebih awal membantu mengatasi masalah sabotaj ini?

NAJIB: Saya rasa tidak boleh terlalu awal, tidak boleh terlalu lama. Jadi kita akan cari masa yang mungkin kita rasakan paling sesuai. Tetapi kalau kita umum awal pun tidak ada jaminan (sabotaj) tidak akan berlaku. Kalau nawaitu begitu, sampai bila pun dia tak terima juga. Kalau terlalu lewat kita mungkin sukar hendak buat sesuatu memulihkan keadaan. Kalau kita ada masa masih tidak dapat jaminan seratus peratus tak berlaku sabotaj, gunting dalam lipatan, duri dalam daging dan sebagainya. Ini semua kemungkinan yang boleh berlaku dalam pilihan raya. Kalau berlaku pun bukan kali pertama. Dulu-dulu pun berlaku tetapi tak nampak sangat. Bila kita kuat dia tak berapa nampak. Tetapi bila keadaan kita menghadapi tsunami sebelum ini dan hendak pulih daripada tsunami, kita hendak menang dan rampas balik negeri yang kita sudah kalah, itu lebih sukar. Sebab mempertahankan negeri yang kita telah menang itu tidak sesukar mendapatkan balik negeri yang kita telah kalah. Bererti dalam kerangka minda kita itu, kita mesti letakkan kemenangan sebagai satu objektif mutlak yang tidak boleh dipesongkan dengan mana-mana pertimbangan yang lain. Baru kita boleh jamin kemenangan kita.

Kepada pengkhianat parti, apa hukuman paling layak?

NAJIB: Yalah kita hukum macam mana pun, kita pecat daripada parti, dia lari kepada parti lain. Itu dah kita tengok beberapa orang. Tak payah kita pecat pun ada satu dua yang tidak setia pada kita sudah terjun parti lain. Tetapi mujur dalam kalangan parti pakatan pembangkang, lagi ramai masuk sebelah kita. Ada juga beberapa ahli UMNO yang tidak setia kepada kita.

Ada yang berpendapat UMNO sukar uruskan sebahagian ketua bahagian kerana dianggap sebagai warlord. Bagaimana hal ini hendak ditangani?

NAJIB: Itu termasuklah disiplin berorganisasi melibatkan kita semua. Kalau kita tidak terima arahan mengikut chain of command, maknanya kita dah melanggar disiplin dan akibatnya kita boleh kalah dalam perang. Sudah terbukti dalam banyak sejarah. Saya sebut tadi perang Badar, Uhud dan perang lain. Juga peristiwa pilihan raya sebelum ini. Ada kawasan kita patut menang tetapi kita kalah kerana tidak ada disiplin organisasi.

KEBANGKITAN UMNO DAN BN

Keputusan pilihan raya umum 2008 dianggap kejutan. Banyak pihak meramalkan bermula era kejatuhan UMNO. Tetapi dengan kepimpinan Datuk Seri, ada peningkatan pada tahun pertama, kemudian ada peningkatan lebih besar pada tahun kedua dan berikutnya. Seperti ada satu kebangkitan ?

NAJIB: Saya berpegang kepada prinsip bahawa kalau kita telah jatuh kita mesti bangun semula dan kalau kita sudah berjaya kita mesti teruskan kejayaan kita. Jadi apabila saya ambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, saya beriltizam untuk membuat apa saja yang termampu supaya kita dapat memulakan proses kebangkitan semula kepada UMNO dan BN. Antaranya, ialah bermula dengan Gagasan 1Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Itu sebagai falsafah induk yang saya praktikkan dalam semua dasar kerajaan. Sebab itu, kalau kita lihat dasar-dasar kita lebih berbentuk inklusif, menegakkan prinsip keadilan sosial dan di samping itu menentukan bahawa kita dapat mengetengahkan idea-idea baharu dan lebih kreatif. Saya amat faham pada abad ke 21 ini, keunggulan akan dapat diperoleh oleh mana-mana pihak yang dapat menenangi pertandingan idea. Orang putih kata contestation of ideas. Sebab itulah banyak program yang kita laksanakan hari ini, tidak terfikir pun sebelum ini. Daripada Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC, kepada TR1MA, BR1M dan sebagainya. Di samping itu, soal pokok dalam pentadbiran negara yakni kita mesti ada kecekapan dalam pentadbiran negara, tidak boleh kita ketepikan. Maknanya, pengurusan negara kita mesti menjurus kepada ekonomi yang lebih kukuh, merangsang pertumbuhan walaupun Eropah dalam kegawatan dan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) masih tidak menentu lagi. Tetapi kita dapat menentukan pertumbuhan yang agak kukuh.

Lebih 5.2 peratus pertumbuhan pada suku ketiga tahun ini dan kita dapat menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan. Penambahan FDI (pelaburan asing langsung ) meningkat dari RM29.3 bilion pada 2009 kepada RM36.6 bilion pada 2011. Ramai berpendapat pencapaian yang kita perolehi ini bertentangan dengan arus ekonomi dunia. Dengan ini, kita dapat memastikan bahawa kemampuan kerajaan itu dapat diteruskan pada tahap yang tinggi dan keyakinan yang tinggi. Dan, ini berbeza dengan apa yang telah dikemukakan oleh pakatan pembangkang seperti dalam buku jingga dan bajet mereka. Nampaknya pakar-pakar ekonomi tidak memberi penilaian yang tinggi kepada dasar dan program alternatif mereka. Sehingga kalau kita tanya pengurus dana, kewangan dan bank, mereka tidak memberikan respons yang positif . Maknanya mereka sebagai pakar dalam bidang ekonomi melihat Barisan Nasional merupakan kerajaan yang berdaya maju (berbanding pembangkang). Di samping itu kita mesti pastikan kejayaan ekonomi negara dapat mengalir kepada rakyat. Sebab itu, program kita di peringkat makro pun berjaya. Di samping itu kita hendak pastikan bahawa mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan dapat terus dibela.

Dari segi parti, di peringkat awal orang geleng kepala, "Bolehkah Najib bawa kebangkitan kepada BN" tetapi sekarang terbukti BN dan UMNO bertambah mantap. Apa rahsia Datuk Seri?

NAJIB: Saya letakkan ini sebagai satu cabaran kepada saya. Maknanya cabaran dari segi jawatan saya dan secara peribadi. Dalam keadaan krisis, kalau kita boleh anggap ini sebagai satu krisis, kita mesti gunakan segala kekuatan dan kemampuan yang ada pada kita. Hadapi cabaran itu dengan menambahkan lagi usaha, fikiran, kemampuan serta akal hatta kemampuan fizikal supaya kita dapat atasi cabaran tersebut. Itu yang telah saya nyatakan pada diri saya. Saya telah janji pada diri saya untuk melakukan yang terbaik.

Rekod UMNO dan BN serta kerajaan termasuk di bawah kepimpinan Datuk Seri adalah aset penting selain program transformasi untuk rakyat memilih dan memberi mandat yang lebih besar.

NAJIB: Ya, rekod boleh dilihat kita telah lakukan banyak perkara yang memberi manfaat kepada rakyat dan manfaat itu kita beri secara langsung kepada rakyat. Walhal pembangkang tidak ada rekod. Bila kita buat tema, “Janji Ditepati", mereka pertikaikan seolah-oleh mereka terasa pula. Mungkin mereka rasa banyak janji mereka itu tinggal janji saja. Kita tahu, tak payah kita sebut. Tanya orang ramai di Selangor, di negeri-negeri yang sedang mereka perintah, bagaimana pendirian mereka terhadap janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya. Ramai akan kata mereka kecewa dengan janji-janji yang tak ditepati dan ditunaikan parti pembangkang.

AGENDA MELAYU

DAN POLITIK BARU

Menyentuh soal menangani politik baharu. Pada satu tahap, Datuk Seri kena memenuhi, mengurus dan menangani tuntutan bukan Melayu. Pada satu tahap, UMNO sebagai parti Melayu juga kena melihat tuntutan dan agenda Melayu. Bagaimana Datuk Seri mengolah cabaran ini?

NAJIB: Saya berpegang prinsip Islam. Tuhan kata kita mesti berlaku adil sebagai pemimpin dan Tuhan tak kata kepada orang Islam sahaja. Tuhan sebut secara umum. Sebab itu kalau kita berlaku adil, orang bukan Islam akan tertarik kepada kepimpinan orang Melayu, Islam. Saya lihat keindahan Islam itu di situ letaknya. Sebab itulah Islam berkembang dari kota Madinah ke seluruh pelosok dunia. Apabila kepimpinan Islam berlaku adil, jadi ramai orang tertarik kepada Islam sebagai satu agama yang begitu indah, begitu mulia. Sebab itulah kita tidak boleh bolot semua sebab orang lain pun menyumbang kepada negara kita. Orang India dengan estetnya, dengan jalan raya yang dibina. Orang Cina dengan keusahawanannya, sumbangan dalam bidang perniagaan untuk negara kita. Mereka juga bayar cukai. Jadi, asalkan kita faham perkara ini dan apa yang kita hendak tolong orang Melayu kita tolong, apa yang kita hendak tolong orang Cina dan India kita tolong secara adil dan saksama. Misalnya kita masih teruskan agenda bumiputera. Sebab kalau negara membangun dan berjaya hatta jadi negara maju tetapi penduduk majoriti terpinggir, tentu ini tidak menyumbang kepada kesejahteraan dan kestabilan kepada negara. Kedua, kalau tidak berlaku adil pada yang lain ini pun tidak dapat tentukan negara terus aman dan stabil. Kena terima hakikat dan realiti. Kena ingat kepada bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Orang Asli juga ada hak. Kita sebagai kepimpinan teras juga merupakan sebuah kerajaan yang dapat membela semua kaum, komuniti, besar dan kecil secara adil dan saksama.

Kalau dibandingkan dengan 2008, adakah Datuk Seri nampak angin perubahan dari segi respons positif kaum bukan Melayu?

NAJIB: Ya, mereka suka dengan hala tuju kita tetapi sebarang perubahan akan makan masa. Sebab sebarang usaha untuk mengubah sikap manusia, makan masa. Hatta Tun Dr. Mahathir Mohamad pun lepas 22 tahun mengakui kalau ada pun yang beliau masih belum dapat capai sepenuhnya ialah mengubah sikap orang seperti yang beliau kehendaki. Presiden Obama pun tuntut satu penggal lagi sebagai Presiden. Ini menurut beliau, mustahil untuk melakukan pembetulan apa yang dilakukan semasa zaman George Bush dalam masa empat tahun. Jadi apa yang kita buat ini dari segi transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi, tidak mungkin dapat kita lakukan dalam masa 3-4 tahun ini. Ia tentu menjangkau masa yang lebih lama lagi.

Datuk Seri, tanpa menafikan kejayaan setakat ini, ada penganalisis percaya bahawa kerajaan masih menghadapi cabaran untuk mendapatkan sokongan besar kaum Cina. Apakah ini satu realiti atau persepsi?

NAJIB: Kita dalam sistem demokrasi terbuka, dalam keadaan di mana persekitaran hari ini sudah berubah dan perubahan ini berdasarkan beberapa faktor. Antaranya, akses kepada pendidikan yang semakin meluas, taraf pendidikan yang semakin meningkat dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar tidak perlu lagi kepada kemudahan asas. Jadi, politik pembangunan tidak lagi menjadi perhitungan mereka. Ketiga, kemunculan media sosial yang begitu berpengaruh, yang tidak pernah kita hadapi pada masa-masa lalu. Pada tahun 2008, media sosial baru saja muncul sebagai satu media alternatif. Tetapi hari ini sudah jadi kebiasaan kepada banyak pihak untuk memperoleh maklumat dan apa-apa berita daripada media baharu ini. Dalam keadaan persekitaran yang sudah berubah, inilah dikatakan politik baharu. Kita telah lakukan anjakan dari segi pendekatan kerajaan. Kalau kita tak lakukan anjakan paradigma, kerajaan akan dilihat sebagai kerajaan yang kaku, kerajaan yang cuma boleh berjaya dalam persekitaran yang lama. Tetapi sekarang, kita sudah lakukan perubahan supaya dalam keadaan sekarang ini kita boleh jadi kerajaan yang mendapat sambutan rakyat termasuk daripada kalangan generasi muda. Sebab kita telah mulakan pendekatan kepada generasi baharu. Buktinya dalam pilihan raya kampus baru-baru ini, kita telah menang 18 daripada 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Ini satu kejayaan yang besar. Kalau orang muda tidak sokong kerajaan tak mungkin kita menang. Walaupun saya akui kita mempunyai masalah dengan pengundi Cina, tetapi jangan rasa kita patut ketepikan mereka. Harus tambah dekat untuk mengetahui apakah kehendak dan tuntutan mereka dan bagaimana kita boleh respons kepada kehendak mereka. Saya lihat mereka hari ini pun sedar. Walaupun mereka tidak perlu sangat kepada kerajaan sebab tinggal di kawasan bandar dan segala-galanya sudah ada tetapi mereka juga harus sedar kejayaan mereka sebagai individu dan komuniti disebabkan dasar-dasar kerajaan yang mewujudkan persekitaran memberangsangkan, yang mana mereka boleh mencari peluang perniagaan dan peluang memajukan diri. Kalau lihat masa depan, mereka juga perlukan negara yang ditadbir dan diurus dengan baik. Jadi BN boleh uruskan perkara ini di samping kita buat ubahsuai kepada dasar-dasar kita yang mereka tak puas hati, dan kelemahan-kelemahan yang mereka kata perlu kita perbaiki. Umpamanya kalau mereka bimbang kadar jenayah di bandar. jadi kita sedang respons dengan langkah-langkah yang telah dan akan kita buat. Kita tidak kata kadar jenayah sudah menurun jadi kita tidak perlu buat apa-apa. Tak akan saya terima. Selagi rakyat rasa mereka tidak puas hati, usaha perlu diperhebatkan lagi untuk melenyapkan segala kebimbangan dan kekhuatiran mereka.

Banyak dengar kenyataan dari orang Cina, mereka suka Najib tetapi tidak berapa suka parti. Seolah-oleh perubahan yang berlaku dalam parti masih belum memenuhi apa yang masyarakat Cina mahu.

NAJIB: Dalam sistem sekarang ini, kalau mereka suka saya sebagai Perdana Menteri, mahu tidak mahu mereka perlu beri sokongan kepada parti. Kalau tidak, pihak lain yang akan jadi Perdana Menteri dan bukan saya. Maknanya orang lain yang mereka tak nak jadi Perdana Menteri akan jadi Perdana Menteri. Tonggak dalam sistem kita ialah siapa yang jadi Perdana Menteri. Jadi kalau mahu saya sebagai Perdana Menteri yang boleh bawa transformasi kepada negara sebagaimana yang mereka sudah yakin selama ini maka mereka perlu beri sokongan kepada saya. Sebab Perdana Menteri yang kuat adalah Perdana Menteri yang dapat sokongan rakyat secara menyeluruh.

Perdana Menteri yang boleh bawa lebih banyak kejayaan kepada negara ini daripada Perdana Menteri yang lemah atau tidak dapat mandat sepenuhnya dan boleh dipertikaikan apa jua pembaharuan yang mahu di bawa. Sebab sebarang perubahan itu akan menghadapi banyak cabaran. Kepimpinan tanpa sokongan politik adalah kepimpinan yang tidak ada kekuatan moral. Kalau tidak ada kekuatan moral, dia sukar hendak hadapi cabaran-cabaran untuk bawa perubahan yang besar kepada negara. Jadi kalau mereka tidak suka UMNO atau BN, sekurang-kurangnya kita ini padu, sehaluan, cakap senada. Berbanding pembangkang yang dari segi asasnya, ideologi pun dah bercanggah. Siapa jadi PM pun tak ada seia sekata.

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Ada kritikan yang berpendapat UMNO/BN tidak cukup agresif walaupun berdepan ibu segala pilihan raya terutama dalam melawan pembangkang.

NAJIB: Kita dalam kerajaan, apa pun kita buat ada batasnya. Pembangkang lain, mereka tak ada sempadan termasuk hendak lempar fitnah, beri fakta palsu dan sebagainya. Boleh buat sahaja. Sedangkan kita dalam kerajaan kena ada rasa tanggungjawab dalam apa-apa yang kita mahu lakukan. Itu mungkin menggambarkan seolah-olah kita tak agresif.

Apa yang Datuk Seri mahu ahli UMNO dan BN buat dari sekarang hingga pilihan raya terutama bagi menjamin kemenangan besar?

NAJIB: Pertama sekali, mesti ada disiplin organisasi. Kalau kita nak pergi perang, bala tentera kita mesti tersusun dalam satu ikatan kepimpinan yang mantap dan berdisiplin. Dia tahu apa arahan, pematuhan arahan, lakukan kerja dan sebagainya. ini semua patut kita lakukan.

Pengajaran kemenangan umat Islam dalam perang Badar umpamanya, kekalahan dalam perang Uhud, ini semua pengajaran dalam sejarah yang harus ada pada kita semua. Kalau kita ada disiplin berorganisasi saya percaya itu akan memberi kekuatan untuk kita. Kekuatan yang amat besar, sebab kita ada bilangan tetapi kita mesti sulami dengan kekuatan disiplin organisasi. Kalau kita tidak berdisiplin termasuk tak dapat terima apa-apa keputusan parti dan keputusan calon dan sebagainya yang patut diterima atas kepentingan parti, itu bahaya. Maka itu semua terangkum dalam disiplin berorganisasi yang mesti dijaga.

Semakin banyak usaha dilakukan hendak tunjuk pilihan raya di Malaysia tak adil dan tak telus. Malah ada usaha untuk membawa campur tangan luar. Bagaimana hal ini boleh diurus dan selepas pilihan raya Malaysia boleh terus bergerak ke depan?

NAJIB: Kita pun mahu kemenangan berasaskan pilihan raya yang adil. Kita tak mahu menang kerana penipuan. Selama ini pun apabila (pembangkang) menang di lima negeri bukan main seronok. Tak ada pun pertikai keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Anwar Ibrahim dalam UMNO/BN pun tak pernah pertikai SPR. Sekarang timbul seolah-olah mereka mahu sediakan minda rakyat bahawa kalau BN menang, ia menang kerana penipuan. Ini menafikan amalan demokrasi negara kita yang selama ini berjalan dengan baik. Kita pun kali ini bersedia dengan membawa beberapa pemerhati ASEAN untuk pantau pilihan raya ini supaya mereka akan lihat ia berjalan ikut perlembagaan dan undang-undang negara. Kesahihan keputusan rakyat tak boleh dipertikaikan.

Atau mereka tak yakin boleh menang?

NAJIB: Sebab tu saya kata dia menyediakan minda, pre-emptive. Ada juga orang kata bahwa kalau dia tak memang, dia nak tunjuk perasaan. Juga nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil. Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Kerajaan Australia pun tolak permintaan mereka.

Kerajaan telah melakukan langkah-langkah afirmatif untuk membantu bumiputera, mungkinkah ini akan dilakukan oleh pakatan pembangkang jika ditakdirkan mereka memerintah nanti?

NAJIB: Kita tak tahu apa dasar yang akan mereka amalkan sebenarnya. Dalam pakatan ada yang mahu asas perlembagaan kita dipinda. DAP dengan Malaysian Malaysia, ideologi yang tak terima prinsip dan semangat perlembagaan. Ada Pas yang mahu wujudkan negara Islam ikut tafsiran mereka. Itu pun jadi tanda tanya kerana definisi negara Islam masih kabur lagi. Ada PKR yang perjuangkan pendirian yang boleh disangsikan termasuk kefahaman terlalu liberal, pluralisme yang juga boleh menimbulkan banyak kontroversi. Jadi bentuk dan hala tuju pakatan pembangkang masih samar-samar dan tidak menentu. Siapa yang akan jadi kuasa dominan pun belum tentu. Dalam BN kita boleh jamin dasar kita konsisten. Apa pun akan berlaku, kita ada jaminan bahawa hala tuju dan dasar yang telah dibentang kepada rakyat dapat kita teruskan. Tetapi pembangkang penuh risiko, tanda tanya dan kesangsian. Sama ada kita sanggup memperjudikan masa depan kita, itu persoalan pokok.

Pilihan raya tahun depan atau biar Parlimen bubar sendiri?

NAJIB: Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya, tahun depanlah. Melainkan kita buat Disember ini, Tetapi (mungkin musim) hujan... boleh naik sampan, bot, kalau banjir.

SOKONGAN ORANG MUDA

Apa lagi cara untuk menarik orang muda menyertai atau terlibat dengan UMNO kerana masih ada rungutan tentang birokrasi dalam parti?

NAJIB: Kita dah buat banyak program dan agenda yang boleh memikat orang Melayu dan orang muda untuk menyokong UMNO dan BN. Kalau orang muda bersikap anti-establishment, meskikah kita boleh menangi 18 daripada 20 perwakilan pilihan raya kampus baru-baru ini. Kita juga telah buat Himpunan Hari Belia Putrajaya secara besar-besaran dan kita sedang buat banyak perkara termasuk perhubungan melalui media sosial. Saya seorang yang sangat aktif dalam media sosial dan followers Twitter saya telah melebihi 1 juta dan di Facebook telah melebihi 1.3 juta. Ini menunjukkan orang muda bersama-sama dan memang boleh tertarik untuk menyokong kita, dengan syarat kita guna wahana dan cara berkomunikasi dan engagement yang sesuai dengan selera orang muda.

Saya tak dapat nafikan kadang-kadang kemasukan mereka dalam UMNO dan kemaraan mereka mencari tempat dalam UMNO boleh menghadapi banyak rintangan. Tetapi kita sedang memperbaiki keadaan ini seperti memberi peluang kepada mereka memohon secara langsung kepada ibu pejabat sekiranya permohonan mereka tidak dilayan oleh peringkat cawangan atau bahagian. Dalam Bajet 2013, saya telah beri banyak tumpuan dan fokus kepada orang muda. Umpamanya bantuan-bantuan kita sekarang ini lebih inklusif seperti bantuan untuk orang-orang bujang di bawah BR1M dan rebat telefon bimbit (pintar) dan banyak lagi yang diberikan untuk orang-orang muda di bawah bajet kita.

Sokongan golongan muda. Adakah dapat dilihat juga penglibatan dalam UMNO melalui sayap Pemuda dan Puteri?

NAJIB: Kita gambarkan parti kita sebagai parti yang bersedia untuk membawa perubahan kepada negara. Bukan parti yang kaku, terlalu konservatif sebab orang muda nak perubahan dan suka pembaharuan. Jadi kita mesti tampilkan parti yang mampu membawa pembaharuan kepada negara. Sebab itu orang muda hari ini tak anggap mereka patut tolak UMNO dan BN walaupun kita dah berkuasa secara berterusan. Sekurang-kurangnya mereka lihat kita ini parti yang boleh bawa perubahan dan kemajuan dalam negara. Paling penting masa depan mereka lebih terjamin di bawah kepimpinan UMNO dan BN. Itu yang paling besar perhitungannya, masa depan kita. Kita tahu sebagai sebuah parti kita tak boleh bergantung kepada kejayaan-kejayaan kita selama ini. Sebagai orang muda kebanyakan mereka lahir pasca merdeka. Dia tak tahu cerita lama, dia baca dalam buku sejarah saja. Jadi sehebat mana kejayaan kita dulu, kepada orang muda ini tak termasuk dalam buku mereka. Yang mereka mahu tengok masa ini dan akan datang. Sebab tu saya sebut kita mesti tampilkan UMNO dan BN sebagai parti yang boleh jamin masa depan negara kita.

Apa rancangan masa depan?

NAJIB: Kita dah tahu apa kita buat selama ni. Dalam masa empat tahun ini kita lihat apa kejayaan kita. Dengan izin Allah kalau dapat mandat kuat tentu kita akan buat dengan lebih hebat lagi, lebih gah. Insya-Allah, sebab kita ada kekuatan moral. Sebab kalau kita kaji teori prinsip kepimpinan, ia berpunca dari dua. Satu formal, jawatan kita. Satu lagi kekuatan moral. Jadi kalau kita gabungkan kedua-duanya tentu kepimpinan kita akan lebih berkesan lagi.

PERPADUAN MELAYU

DAN ISLAM

Datuk Seri masih percaya bahawa orang Melayu boleh disatukan? Dalam suasana global dengan pemikiran orang yang semakin terbuka seperti sekarang, apakah caranya?

NAJIB: Kita ada dua pilihan. Satu ialah penyatuan parti-parti politik yang mewakili orang Melayu atau kita boleh tampilkan UMNO sebagai pilihan majoriti besar orang Melayu. Sebab dalam sistem kita, kemenangan terletak pada pihak yang dapat suara yang lebih. Jadi bagaimana kita mencapai suara yang lebih? Tidak lain dan tidak bukan ialah melalui keyakinan rakyat terhadap kemampuan kita membela agenda yang dekat di hati orang Melayu. Dan saya yakin dan percaya pilihan utama pada orang Melayu ialah parti UMNO.

Orang lain menggunakan kaum dan agama sebagai asas penyatuan. Tetapi orang Melayu bersikap sebaliknya, mengapa?

NAJIB: Orang Melayu telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap pemimpin UMNO dan UMNO itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya. Kerana juga terpedaya dengan imej luaran seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang mereka anggap lebih Islamik. Sepatutnya kita nilailah dari segi pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam dan UMNO telah membuktikan parti ini dapat memperjuangkan tuntutan Islam berdasarkan Maqasid Syariah. Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan, seperti perbankan Islam.

Sejak beberapa tahun ini Raja-raja Melayu telah bertitah melahirkan kebimbangan mengenai perpaduan orang Melayu dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Datuk Seri berkongsi kebimbangan ini?

NAJIB: Memang kita semua bimbang atas perpecahan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu. Kita harap orang Melayu akan memberi sokongan kepada UMNO dalam pilihan raya sebagai parti utama. Kalau kita dapat memperlihatkan UMNO sebagai pilihan utama, UMNO akan muncul sebagai parti yang terkuat dan dengan sendirinya (terbentuk) perpaduan Melayu Islam. Bererti perpaduan di bawah naungan UMNO sebagai parti utama. Tetapi kita tidaklah sampai mendoakan kehancuran Pas.

Perpaduan Melayu selalu dikaitkan dengan ancaman kepada kaum lain. Bagaimana untuk menjelaskan hal ini?

NAJIB: Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain sebab saya telah kata tadi kita mesti bawa kaum lain bersama kita. Semangat ini kita telah semaikan sejak dulu lagi dari zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Kenapa kita mahu ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin dan pengasas kita? Kalau kita tidak komited kepada kerjasama kaum lain Tunku takkan buat Perikatan, Tun Razak takkan buat BN tetapi mereka buat sebab kita tahu kekuatan negara kita mesti berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Itu kita mesti pegang.

Pembangkang kata UMNO rasis bila cakap pasal perpaduan Melayu ?

NAJIB: Itu dia tuduh. Kita tak rasis daripada dulu lagi. Cuma ada beberapa tindakan yang boleh timbulkan persepsi sedemikian. Patut kita betulkan dan kita akan lakukan. Saya lihat bila kita buat Gagasan 1Malaysia orang lebih faham bahawa negara kita ini negara di mana semua kaum mesti dapat manfaat daripada kepimpinan negara.

Pada muktamar Pas ada doa mahu hancurkan BN dan UMNO. Bagaimana parti harus memberi reaksi terhadap sikap Pas ini?

NAJIB: Pas kena cuba menggambarkan ia sebagai sebuah parti Islam. Tetapi sama ada perbuatan itu adalah benar-benar menepati prinsip dan syariah Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh UMNO dan kalau dapat kita ketengahkan hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu.

Datuk Seri berasa kecil hati dengan doa itu?

NAJIB: Tak, buat apa nak kecil hati. Kita dah jangka macam-macam. Dulu dia panggil Dr. Mahathir, Firaun. Itu biasa, saya tidur malam jendera (lena).

Pas dalam kempen dan ceramah kebelakangan ini sebut bahawa Pas sebagai alternatif kepada UMNO.

NAJIB: Itu dia punya politiklah. Dia bukan soal agama, yang dia pentingkan dia nak sangat kuasa. Itu dalam kepala dia. Politik nombor satu. Sepatutnya dia letak ketinggian agama lebih daripada segala-galanya. Kalau kata dia parti Islam maknanya tak ada yang lebih penting sebaliknya kita tengok perhimpunan politik dia lebih dari agama. Sebab tu dia berkawan dengan DAP.

Read more »

Saturday, November 24, 2012

HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA HIMPUNKAN LEBIH 1000 NGO













1. Himpunan Barisan 1Malaysia diadakan pada 24hb. November 2012 di Dewan Merdeka, PWTC. Himpunan ini dihadiri lebih dari 1000 NGO dengan kira-kira 5000 orang peserta yang terdiri dari berbilang kaum.

2. Program bermula seawal 8.30 pagi. Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dengan pembentangannya yang bertajuk 'Masa Depan Agama Dan Pembangunan Keluarga'. Diikuti oleh Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian dengan 'Masa Depan Hubungan Kaum Dan Perpaduan' Prof Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin dengan tajuk 'Masa Depan Pendidikan Negara', Tan Sri Lee Lam Thye dengan 'Masa Depan Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara, manakala Dr. Chandra Muzaffar dengan 'Masa Depan Sosio Ekonomi Negara.

3. Moderator-moderator pula terdiri dari Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah manakala pengacaranya pula adalah selebriti tv, Ally Iskandar.

4. YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersama isteri hadir di majlis kira-kira jam 12.30 tengahari. Perdana Menteri menerima penyerahan Deklarasi Himpunan Barisan 1Malaysia yang disampaikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Maslan. Sebelum itu YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Perasmiannya banyak menyentuh masalah hubungan kaum serta pencapaian negara dimata dunia.


Read more »

Friday, November 23, 2012

Pemimpin PAS Rela Melihat Umat Islam Palestin Mati Demi Politik


Ke hadapan para syuhadah yang gugur dan warga Palestin yang cedera parah akibat peluru berpandu tidak bermata tentera negara haram Israel. Percayalah doa kami tidak putus untuk roh dan kesejahteraan rakyat negara anda yang masih bernyawa. Kami di sini orang kecil yang terlalu simpati dengan kesengsaraan anda di bumi anbia tersebut.

Jika anda menuduh kami tidak melakukan apa-apa untuk membela nasib negara dan rakyat Palestin, kami minta maaf kerana umat Islam di negara ini tidak cukup bersatu kerana masih ada yang mahu memurtadkan satu sama lain.

Malah lebih teruk ada ulama yang tergamak mengaminkan agar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri beragama Islam dan amat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin dilaknat.

Bayangkan bagaimana nasib rakyat Palestin jika negara ini jatuh ke tangan orang yang suka melaknatkan sesama Islam.

Apa pula nasib orang Islam yang tertindas di seluruh dunia seperti negara-Mu di Tebing Barat dan lain-lain negara yang penduduk Islamnya ditindas seperti haiwan. Kami ingin bersatu membantu anda yang dibunuh dan diratah peluru berpandu yang tidak bermata dan jahil erti menjaga kebajikan ummah.

Namun apa respons yang kami dapat daripada pemimpin Islam kami adalah, kami dilaknat oleh mereka yang sepatutnya bercakap benda yang manis dan indah-indah ibarat bauan syurga yang mengiringi jenazah-jenazah syuhadah di alam baqa.

Jika ulama tidak mahu mendoakan kesejahteraan roh-roh anak-anak bumi Palestin biarlah kami berjuang dengan mata pena dan dakwat digital di dunia maya.

Kelmarin, seorang anak Palestin, Mahmud Samouni meratap sendirian di hadapan kantor kedutaan Amerika Syarikat, rakan sekutu utama Zionis. Dia mungkin tidak mampu dari segi kewangan seperti penganjur perhimpunan haram untuk berkumpul beramai-ramai lalu cuba meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini.

Tiada baju kuning mahupun baju hijau hanya kemeja-T yang dipakainya. Namun dia lebih waras dan sudah pasti tidak nyanyuk atau gila kuasa.

Sepanduknya ringkas dan kusam, tetapi membekas di hati sesiapa yang berfikiran jelas semasa membacanya.

Kata-kata di sepanduknya dalam bahasa ibunda kami ia berbunyi, "Saya bernama Mahmud Samouni dari Palestin, umur saya 15 tahun. Mengapa kamu membiarkan peristiwa yang sama berulang semula di Gaza?"

Percayalah! Tidak siapa ingin perkara sama berulang. Apatah lagi perkara kejam yang menyebabkan kematian ratusan nyawa manusia. Itulah kebenarannya, namun apakan daya rakyat negara kami di Malaysia ini pun sanggup mempolitikkan nyawa mereka dengan menolak Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Kepada Syuhadah dan warga Palestin yang terkesan akibat serangan ganas sebuah rejim, hanya sejambak bunga ros putih kami kirimkan dari kejauhan berserta bacaan Al-fatihah sebagai sedekah kepada roh yang yang sedang meniti syurga abadi.

Kami endah dan kami prihatin dengan nasib kamu yang dibunuh dan dicederakan. Namun apa daya kami hanya ada suara dan tentera pengaman yang dipanggil datang mereka datang dan di suruh pulang lalu kembali semula. Kami perdengarkan bacaan doa qunut nazilah untuk musuh-musuh-Mu dan Islam:-

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,

Wahai Tuhan yang gagah perkasa,

Wahai Tuhan yang penuh raksasa,

Wahai Tuhan yang bersifat murka,

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin."

Read more »

Demi Nyawa, AES Wajar Diteruskan


UNGKAPAN kata-kata “kelajuan itu membunuh" ternyata belum meresap dan dihayati sepenuhnya oleh pemandu di Malaysia. Sedangkan setiap hari boleh dibaca melalui laporan media tentang tiada satu hari tanpa berita kemalangan jalan raya di negara ini.

Apabila berlaku kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kemalangan maut pada setiap hari, rakyat tertanya-tanya apakah yang kerajaan buat untuk mengatasinya.

Oleh itu, kerajaan sudah mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti dilaksanakan di negara lain dan ternyata sistem ini mampu menurunkan kadar kemalangan biasa dan maut.

Namun baru dilaksanakan pada September lalu, kamera AES mencetuskan kontroversi. Beberapa pihak mengeluarkan pandangan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Pengangkutan bertegas mahu meneruskan pengunaan AES. Sesetengah pihak pula mahu AES ditangguhkan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, kerajaan telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di negara ini.

Oleh itu katanya, walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak, kerajaan tidak akan berganjak atau mengkaji semula penggunaan kamera AES yang terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sebanyak 831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan data kemalangan Polis Diraja Malaysia.

Malah, maklumat berhubung kawasan serta jumlah bilangan kamera yang dipasang sentiasa dihebahkan. Lokasi pemasangan sistem ini juga diiklankan dalam semua jenis akhbar, jadi tidak timbul isu kerajaan cuba menyembunyikan daripada pengetahuan umum.

Pengguna jalan raya juga diberi amaran menerusi papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Menyentuh dakwaan pelaksanaan sistem itu akan menguntungkan kroni, Cho Ha menjelaskan, syarikat konsesi tersebut hanya mendapat keuntungan jika ramai pengguna jalan raya disaman.

Jelasnya, kerajaan juga tidak membayar sebarang sewa peralatan atau yuran penyelenggaraan kepada syarikat konsesi yang dilantik itu.

Satu angka yang patut disedari oleh pihak berkenaan bahawa dalam tempoh 10 tahun lalu seramai 70,000 pengguna jalan raya di Malaysia maut akibat kemalangan jalan raya.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menegaskan pelaksanaan AES sejajar dengan kejayaan 19 negara yang menggunakan sistem itu dalam mengurangkan kadar kematian dan kemalangan jalan raya.

Berdasarkan kajian MIROS sebelum ini, 85 peratus penduduk negara ini patuh kepada undang-undang jalan raya tetapi hanya 15 peratus sahaja yang bermasalah.

Golongan kecil itulah yang sedang ditangani dan salah satu langkahnya ialah melalui pelaksanaan sistem AES.

AES tidak perlu dipolitikkan. AES hanya mempunyai satu matlamat dan tujuan iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan membawa pemandu yang angkuh dan tidak tahu undang-undang ke muka pengadilan.

Pelaksanaan AES merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik pengguna jalan raya di negara ini supaya lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan jalan raya seperti pematuhan had laju.

Malangnya usaha baik ini akhirnya telah dianggap oleh segelintir masyarakat sebagai bertujuan untuk menyaman pemandu semata-mata.

Memanglah AES merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.

Oleh itu AES perlu diteruskan untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih menghormati undang-undang jika mereka tidak mahu dikenakan tindakan saman.

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya serta agensi yang berkaitan telah berusaha untuk mengurangkan angka kematian dan kemalangan.

Pelbagai pendekatan pencegahan kemalangan, penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan teknologi moden diperkenalkan dari tahun ke tahun tetapi kadar kematian dan kemalangan tidak berubah.

Jadi kenapa pelaksanaan AES juga mahu digagalkan. Sebelum ini banyak usaha dan pembaharuan dilakukan namun kurang berjaya kerana sikap pemandu Malaysia sendiri.

Segelintir pemandu Malaysia gemar memandu laju, suka langgar peraturan lalu lintas dan tidak berdisiplin di jalan raya. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat berbahayakan nyawa sendiri dan orang lain itu.

Jika di negara lain, penggunaan AES dapat membantu mengurangkan kemalangan, di negara kita belum pun bermula sudah berbakul-bakul kritikan disumbatkan.

Selagi kita gemar tolak tarik keputusan yang telah dibuat, maka sampai bila pun tahap pemikiran kita di jalan raya tidak akan berubah.

Pemasangan kamera berteknologi tinggi AES itu membantu memastikan tidak ada pesalah jalan raya yang terlepas daripada tindakan undang-undang.

Kos tinggi yang dibelanjakan itu boleh dianggap sebagai pelaburan bagi mengelakkan negara kehilangan tenaga manusia dan kerugian harta benda akibat kemalangan jalan raya.

Sesungguhnya, tidak ada sebab AES perlu ditangguhkan kerana setiap hari negara menghadapi kisah-kisah kemalangan maut kerana kegagalan pemandu mendisiplinkan diri masing-masing.

Read more »

share2