Siapapun dalam PKR amat mengenali perwatakan ostad Badrulamin yang bertopengkan jubah dan kopiah. Dimulutnya sering mengeluarkan ceramah agama dan diselitkan juga dengan caci maki kepada lawan politiknya.
Terbaru Badrulamnin telah ditangkap basah bersama isteri orang di sebuah hotel. Walaupun Badrulamin cuba mengelak dan mengatakan penangkapan beliau adalah konspirasi pihak tertentu, tetapi beliau tetap bersalah kerana ditangkap berduaan dengan seorang wanita yang bukan muhrim didalam sebuah bilik pada jam 2 pagi.
Walaupun badrulamin mengatakan akan bercuti sebulan, tetapi sebagai seorang yang bermaruah, beliau sepatutnya meletak semua jawatan yang dipegang. Kes khalwat bukanlah kes kecil apatahlagi kepada seorang yang berpewatakan alim.
Sekarang dah ada cerita mengenai video khalwat beliau. Amat memalukan sekiranya rakaman ini tersebar. Jika perkara ini terjadi, bukan sahaja nama baik akan menjadi busuk malah ianya juga akan turut menghancurkan keluarga.
Oleh itu Badrulamin perlu meletak jawatan dan keluar dari arena politik negara. Sayangilah keluarga yang ada daripada kepentingan diri sendiri.
Wednesday, February 29, 2012
Meningkatkan Integriti Kabinet, Kerajaan
Januari lalu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mencadangkan supaya anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan termasuk menteri Kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kelmarin, 27 Februari - kerajaan bersetuju membenarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka. Semua ini untuk memastikan bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) bersih dan telus.
Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Management & Science University (MSU) Prof. Dr. Mohd Zainul Fithri Othman berpandangan dakwaan bahawa kerajaan BN hari ini cuba berselindung daripada mengisytiharkan harta mereka adalah tidak benar dan ia disambut dengan tindakan yang berani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pendekatan ini juga akan meningkatkan integriti dalam kerajaan dan memberikan penglihatan jelas kepada rakyat bahawa kerajaan BN yang ada bukan sebuah kerajaan yang tidak telus seperti mana yang difitnah oleh pihak pembangkang selama ini, kata Mohd. Zainul Fithri.
"Ini adalah kerana pemeriksaan harta ini, bukan hanya melibatkan individu tertentu tetapi juga saudara mara individu tersebut, agar fitnah bahawa kakitangan 'makan suap' dan menggunakan anak, isteri, serta abang atau adik serta sepupu sebagai proksi akan terjawab.
"Keberanian Najib memberikan kebenaran kepada SPRM menampakkan keikhlasan beliau sebagai Pentadbir Negara No. 1. Beliau mahu pentadbiran yang diterajuinya ini bersih dan mencorakkan model kepimpinan yang berintegriti.
"Pada pandangan saya, Perdana Menteri melalui pendekatan ini, beliau ingin melonjakkan martabat serta darjat pentadbiran kerajaan di bawah BN sebagai sebuah pentadbiran yang berkredibiliti dan berakauntabiliti," jelas Mohd. Zainul Fithri.
Memang ada yang akan 'mengelabah' tetapi, ia berlaku jika ada yang melakukan perkara yang di luar jangkaan dan dugaan. Tetapi, tindakan ini akan melonjakkan integriti pemimpin, apatah lagi ia juga akan membersihkan persepsi negatif terhadap pemimpin dalam kerajaan BN.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad jumlah aset milik menteri, timbalan dan anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang menjadi perhatian SPRM adalah sepanjang tempoh mereka memegang jawatan sahaja.
Maknanya pemilikan kekayaan dan harta sebelum memegang jawatan dalam kerajaan tidak diambil kira.
"Apa yang menjadi perhatian SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan.
"Jadi, jumlah aset atau harta yang mereka peroleh atau sedia ada, kita akur," katanya.
Menteri Kabinet dan anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada SPRM.
Bagaimanapun, maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.
Pengisytiharan harta kepada rakyat mampu untuk membendung budaya rasuah dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan.
Kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan kerajaan sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.
Rakyat berhak mengetahui aset pemimpin mereka supaya mereka mengerti bahawa pemimpin yang diangkat benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat, bukan diri mereka sendiri.
Mengisytiharkan harta boleh mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah dalam kalangan pemimpin negara.
Bagaimanapun Mohd. Zainul Fithri yang juga Naib Presiden Industri dan Perhubungan Organisasi MSU, menyarankan supaya bukan sahaja pengisytiharan harta yang hanya perlu diberikan perhatian tetapi hendaklah dilihat juga siapakah yang menjadi lembaga pengarah anak-anak syarikat dalam kementerian-kementerian.
"Adakah lembaga pengarah syarikat ini 'proksi' kepada seseorang. Ini sekali gus akan mematikan persepsi rakyat bahawa anak-anak syarikat di bawah kementerian dikuasai oleh puak-puak tertentu," kata Mohd. Zainul Fithri.
Satu lagi pandangan dan saranan Lembaga Penasihat SPRM sebelum ini berhubung dana politik turut diberi perhatian oleh Najib sehingga membawa kepada pelaksanaan inisiatif mengawal pembiayaan politik.
Perdana Menteri telah menyatakan semua dana politik hendaklah dimasukkan dalam sebuah akaun khas di mana semua kemasukan dana ini akan direkod bagi memastikan ia telus dan tidak disalahgunakan oleh sesiapa.
Ini juga satu tindakan berani dan baru dalam pentadbiran Najib.
Menurut Mohd. Zainul Fithri, selama ini kita acap kali mendengar ada saja orang hendak beri sumbangan atas aktiviti politik yang dikenali sebagai dana politik (political fund). Tetapi, tiada siapa yang 'accountable' kepada sumbangan ini maka sumbangan ini dengan jelas boleh diguna pakai secara sewenang-wenangnya oleh orang yang berkepentingan.
Inisitaif dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) ini amatlah dialukan oleh rakyat dan juga golongan profesional agar kerajaan yang akan diberikan mandat oleh rakyat kelak bersedia untuk membuat perubahan agar ia lebih telus, berintegriti dan berakauntabiliti.
"Ini adalah tindakan yang diambil oleh Kerajaan BN kepada parti-parti komponennya. Namun demikian, adakah perkara yang sama akan dilakukan oleh parti-parti pembangkang itu adalah di luar jangkaan dan dugaan.
"Mungkin, mereka mempunyai agenda dan pengurusan dana yang 'berbeza' daripada apa yang disarankan," kata Mohd. Zainul Fithri.
Tindakan Najib ini sekali gus memberikan penekanan bahawa beliau 'serius' memberikan pendekatan dalam membina satu persepsi baru kepada rakyat terhadap kerajaan yang baru nanti apabila rakyat memberikan mandat itu kepadanya.
Mohd. Zainul Fithri melihat ini adalah bukti keikhlasan dan kejujuran dalam pentadbiran Najib. Sesiapa sahaja yang akan berada bersama beliau nanti setelah kerajaan baru dibentuk, hendaklah bersedia menerima the new political culture dan the new administrative culture.
Sesiapa yang masih ditakuk lama dan masih mahu mengamalkan budaya lama, maka dipercayai akan membantut dan merosakkan imej yang hendak diguna pakai.
"Ini adalah usaha Perdana Menteri untuk memberikan nafas baru dan nilai tambah kepada pentadbiran yang sedia ada. Nilai baru ini hendaklah diterjemahkan dalam bentuk amalan di setiap agensi dan pentadbiran kerajaan di bawah naungan Kerajaan Persekutuan," kata Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan MSU itu.
Apa pun rakyat Malaysia pasti mahu mereka yang bersih, cekap dan amanah berada dalam tampuk kepimpinan kerajaan.
Tuesday, February 28, 2012
Badrulamin Hendak Mencari Geruh Dengan Orang Pahang
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, murka terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin yang ditangkap kerana berkhalwat.
Menurut sumber, Tengku Mahkota Pahang murka kerana pemimpin PKR tersebut menganggap Jabatan Agama Islam Pahang merancang untuk penangkapannya bersama isteri orang yang bernama Watiwani.
Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.
Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.
Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota kerana perbuatan itu berlaku dinegeri Pahang.
Tengku Mahkota juga murka kerana baginda dikaitkan akan membantu Badrolamin dalam kes khalwat.
JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang bernama Watiwani di sebuah hotel di Kuantan.
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.
Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita itu sendiri yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.
Orang tua ni boleh tuduh macam macam tapi Allah s.w.t tetap Maha Mengetahui. Lebih elok jangan buat kat bumi Allah s.w.t ni. Carilah tempat yang Allah s.w.t tak nampak. Itupun kalau orang tua ni mampulah.
Menurut sumber, Tengku Mahkota Pahang murka kerana pemimpin PKR tersebut menganggap Jabatan Agama Islam Pahang merancang untuk penangkapannya bersama isteri orang yang bernama Watiwani.
Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.
Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.
Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota kerana perbuatan itu berlaku dinegeri Pahang.
Tengku Mahkota juga murka kerana baginda dikaitkan akan membantu Badrolamin dalam kes khalwat.
JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang bernama Watiwani di sebuah hotel di Kuantan.
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.
Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita itu sendiri yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.
Biadap sungguh orang tua kaki perempuan ni. Dia dah kantoi berkhalwat tapi sekarang nak libatkan Tengku Mahkota Pahang pulak. Memang tak sayang nyawa sungguh orang tua kaki perempuan ni. Lain kali nak buat maksiat, jangan buat kat negeri Pahang ni.
ULAMA PAS......
Gambar hiasan
Dewan Ulama mungkin bincang penjelasan Anwar bulan depan
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2012
28 Februari 2012
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas belum menerima sebarang penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disampaikan pada satu pertemuan minggu lalu berhubung kenyataan disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) berkaitan keselamatan Israel.
Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pihaknya belum mendapat sebarang laporan daripada pertemuan itu kerana selalunya akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Ulama yang dijadualkan pertengahan bulan depan.
Katanya, Pas sentiasa konsisten dengan pendirian bahawa parti itu tidak akan mengiktiraf negara haram Israel, sebaliknya terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri seperti yang diputuskan sebelum ini.
"Kita juga tidak membuat sebarang keputusan mengenainya dan akan mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Ulama Pas.
"Tunggu dulu, selalunya mesyuarat Majlis Ulama Pas diadakan selepas mesyuarat Pas Pusat. Tarikh mengenainya belum ada. Mungkin pertengahan Mac,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pertemuan Anwar dengan Nik Aziz berikutan gesaan Majlis Syura Ulama Pas supaya Anwar tarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ sekiranya salah melaporkan kenyataannya.
Selepas pertemuan itu, Anwar berkata, beliau tidak akan menyaman WSJ kerana akhbar itu tidak melakukan kesalahan sebab ia turut memuatkan kenyataannya mengenai syarat yang perlu dipatuhi rejim Zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
“Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai syarat yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana (yang tidak menyebut syarat itu),” katanya.
Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pihaknya belum mendapat sebarang laporan daripada pertemuan itu kerana selalunya akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Ulama yang dijadualkan pertengahan bulan depan.
Katanya, Pas sentiasa konsisten dengan pendirian bahawa parti itu tidak akan mengiktiraf negara haram Israel, sebaliknya terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri seperti yang diputuskan sebelum ini.
"Kita juga tidak membuat sebarang keputusan mengenainya dan akan mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Ulama Pas.
"Tunggu dulu, selalunya mesyuarat Majlis Ulama Pas diadakan selepas mesyuarat Pas Pusat. Tarikh mengenainya belum ada. Mungkin pertengahan Mac,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pertemuan Anwar dengan Nik Aziz berikutan gesaan Majlis Syura Ulama Pas supaya Anwar tarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ sekiranya salah melaporkan kenyataannya.
Selepas pertemuan itu, Anwar berkata, beliau tidak akan menyaman WSJ kerana akhbar itu tidak melakukan kesalahan sebab ia turut memuatkan kenyataannya mengenai syarat yang perlu dipatuhi rejim Zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
“Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai syarat yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana (yang tidak menyebut syarat itu),” katanya.
1. Itu apa yang akan dilakukan oleh Dewan Ulama Pas berkenaan isu kenyataan akhbar Anwar Ibrahim menyokong dan mempertahankan Israel.
2. Rakyat tidak sabar menunggu bagaikan keputusannya nanti? Apakah Dewan Ulama Pas akan tetap juga akur dengan Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan Pas dalam usaha menawan Putrajaya? Banyak pihak berpendapat begitulah yang akan terjadi nanti kerana puak-puak penyokong Anwar Ibrahim semakin menguasai parti berkenaan.
3. Jika Pas sanggup gugurkan membangunkan negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Berkebajikan semata-mata kerana tolak ansur yang terpaksa, sudah tentu Ulama Pas juga tidak akan mampu bersuara menentang Anwar Ibrahim untuk sama berkongsi mimpi menawan Putrajaya.
PAS Parti Paling Penakut Dalam Sejarah Politik Negara
Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin.
Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu.
"Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur.
"Siasatan pun masih dijalankan, lebih baik mereka (PKR) selesai sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Pas Pusat hari ini. - Sinar Harian
PAS semakin lama semakin takut dengan PKR. Dulu ikut cakap Azmin sampai dipecat dr Hassan Ali. Lepas tu PAS tak berani nak suruh Elizabeth Wong letak jawatan sebab kes gambar bogel. Bila Anwar Ibrahim mengaku menyokong yahudi, PAS pun ikut je. Tak ada nak bising bising.
Monday, February 27, 2012
Badrol Amin Dijangka Hadir Hari Ini
KUANTAN - Pemimpin PKR, Dr Badrolamin Bahron akan dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat terhadapnya dengan seorang wanita yang sudah bersuami di sebuah hotel di sini, kelmarin.
Timbalan Pengarahnya,Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, pemimpin itu bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes tersebut.
Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu, kata beliau dipetik laporan Bernama.
Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Katanya, kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi kelmarin di bilik sebuah hotel di Balok di sini.
Badrolamin telah menafikan laporan media mengenai insiden itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Badrolamin, yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor, bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid melalui e-mel telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.
Karnival Bio ICT Pahang 2012
Anda semua dijemput untuk memeriahkan Karnival Bio-ICT Pahang 2012!
East Coast Mall, Kuantan, Pahang, 2-4 Mac 2012 (Jumaat-Ahad), 10am-10pm
Pelbagai aktiviti Menarik Menanti :
+ 94 Booth PC Fair, pameran biotek dan ICT
+ perjumpaan artis dengan peminat,
+ Rajalawak,
+ chit-chat Saladin,
+ Chit-chat berkenaan Fotografik oleh Kukubesi,
+ cabutan bertuah
+ laptop percuma, broadband dan gadjet ICT PERCUMA
+ tiket melancong ke 7 Wonders Of The World,
+ Astro TVIQ
+ Pertandingan Fotografi
+ Pertandingan Kuiz
+ Seminar Jalur Lebar, ICT & Bioteknologi secara PERCUMA (Zenith)
+ Bermacam-macam Ada
Majlis Perasmian Program oleh YAB Menteri Besar Pahang pada 02 Mac 2012 (Jumaat), di Dewan Organza The Zenith Hotel Kuantan, jam 2.45pm
Jom datang Beramai2 dan Gempakkan East Coast Mall dan Kuantan!
Labels:
Berita Semasa
Sunday, February 26, 2012
Konspirasi Yahudi Menjatuhkan Badrul Amin
Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
Biasalah bila kena pada muka sendiri, akan dituduh konspirasi. Cuba kalau kena pada orang UMNO. Habis dicanang satu dunia. Apa Badrul Amin ni buat dengan bini orang dalam bilik hotel pada jam 2.00 pagi? Apa dah tak ada waktu lain ke nak jumpa.
Saturday, February 25, 2012
JACOB & CO DI DESAK SAMAN CIKGU BARD
Chegu Bard - pencacai penjilat tegar Anwar Ibrahim
Che'gu Bard, pencacai nombor wahid dan penjilat tegar Anwar Ibrahim adalah pemfitnah nombor satu. Tanpa alasan dan bukti kukuh beliau mereka isu cincin bernilai 24Juta yang kononnya milik DS Rosmah Mansor. Print skrin komputer dijadikan bukti, yang sudah tentu boleh dipertikaikan kesahihannya.
Apa yang pihak pencacai pembangkang tidak lakukan untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin? Dulu mereka dengan teknik super impose telah memfitnah Utusan Malaysia serta DS Rosmah sendiri kononnya membuat pengakuan membeli cincin berkenaan hasil dari mengumpul wang sejak dari kecil.
Super Impoise Utusan Malaysia
Yang kita hairankan adalah masih ada setengah-setengah rakyat malaysia terutamanya penyokong pembangkang yang percayakan fitnah tersebut tanpa dapat berfikir dengan lebih rasional. Namun jika perkara demikian melibatkan pemimpin mereka maka mereka dengan segera menolaknya dan menyatakan bahawa itu adalah fitnah.
Apakah apabila sesuatu keburukan yang melibatkan pemimpin mereka tidak dapat mereka terima walaupun itu adalah kenyataan dan hakikatnya? Kenapa mereka berdiam diri mengenai isu video klip yang melibatkan Anwar Ibrahim sedangkan sah dan nyata bahawa yang kelihatan didalam video berkenaan adalah Anwar Ibrahim?
Dalam kes membabitkan Chegu Bard yang memfitnah DS Rosmah, rakyat memohon dan mendesak Syarikat Jacob & Co dari Amerika Syarikat yang didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa cincin berkenaan ke Malaysia supaya mendakwa Chegu Bard atas tuduhan fitnah.
Baca:
Hasan Ali Dedah Punca Dipecat

Hasan Ali dalam ceramahnya malam tadi menyentuh tentang isu pemecatan beliau berpunca dari PAS yang mahu menjaga hati pihak tertentu. Beliau tidak sangka dikenakan tindakan yang begitu drastik dan berlaku begitu cepat tanpa dibenarkan merayu, tindakan itu lebih teruk dari apa yang berlaku di Negara Komunis.
“Apa pun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, Institusi Raja, dan demi bangsa Melayu di Negara ini”, tegas Hasan Ali. DAP adalah dalang dalam isu pemecatan beliau. PAS tiba-tiba menjadi liberal dengan tunduk kepada DAP akibat daripada kerakusan kepimpinan PAS kerana ketamakan kuasa mahu menuju ke Putrajaya.
Hasan Ali dipecat bukan kerana minum arak, melakukan penzinaan, melakukan seks songsang, melakukan segala macam maksiat sebaliknya beliau dipecat kerana ada di kalangan Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan tindakan Hasan Ali sebagai exco agama bertindak mencegah kemungkaran di Selangor.
Beliau turut mempersoalkan perjuangan PAS kerana sebelum ini PAS memperjuangkan Negara Islam tetapi ditukar kepada Negara Kebajikan, ini semua adalah kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR. Hasan Ali juga persoalkan bagaimana PAS boleh bersekongkol dengan DAP dan Karpal Singh yang terang-terang menolak Negara Islam. Di akhir ceramahnya beliau minta bersungguh-sungguh agar semua yang hadir tidak mengundi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang.
Friday, February 24, 2012
Permohonan Pinjaman Pendidikan YP 2012
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2012 bagi melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.
Peringkat Pengajian
Sarjana / PhD
- Pengajian di luar negara bagi pengajian dalam bidang-bidang tertentu dan kritikal sahaja yang tidak terdapat di dalam negara.
Ijazah Sarjana Muda
- Pengajian tahun pertama dalam bidang-bidang tertentu dan kritikal iaitu Perubatan/ Pengajian/ Farmasi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Ekonomi, Sains & Teknologi, Perbankan Islam, Perakaunan/ Persijilan Profesional Perakaunan, TESL dan Sains Sosial.
Syarat Kelayakan Memohon
Kelahiran
- Pemohon seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon lahir di Negeri Pahang, ATAU
- Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Pahang, ATAU
- Jika pemohon serta ibubapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh tahun di Negeri Pahang dan akan terus menetap di Negeri Pahang perlu dapatkan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/ Pengawai Daerah/ Penghulu Mukim.
Akademik
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian.
- Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
- Pemohon telah mendapat tempat atau tawaran ke IPT.
Lain-lain
- Pemohon mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
- Pemohon mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web Pinjaman Pendidkan Yayasan Pahang atau terus ke http://sispen.yp.org.my/
- Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dan dihantar secaraonline mestilah dicetak.
- Borang permohonan dan salinan dokumen yang berkaitan hendaklah di hantar secara serahan tangan atau secara pos kepada :-
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26026 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang ini ialah 27 Februari 2012.
- Panggilan temuduga akan dimaklumkan secara sms dan emel dalam tempoh 3 minggu selepas dari tarikh tutup permohonan.
Pertanyaan
- Sila datang sendiri atau hubungi Yayasan Pahang di talian telefon 09 518 1800 atau faks 09 518 1888 atau emel ypahang@yp.org.my dan berurusan dengan Haii Muhammad bin Ismail, Safwati binti Ahmad, Zakiah binti Saleh atau Rohana binti Khamdan jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan pinjaman ini.
- Sila rujuk juga laman web rasmi Yayasan Pahang untuk maklumat lanjut.
Akhlak buruk runtuhkan peradaban bangsa
KEMAJUAN dan tamadun yang tinggi merupakan sesuatu yang dicita-citakan oleh semua bangsa. Pembinaan tamadun atau peradaban bangsa tidak boleh berlaku secara sekelip mata dan ia merupakan suatu proses yang memakan masa.
Mengekalkannya juga bukan tugas mudah. Kekuatan dalam aspek pertahanan negara, ekonomi dan politik merupakan asas dan elemen utama untuk membina dan mengisi peradaban itu sendiri.
Bangsa yang terjajah walaupun menikmati kemajuan secara fizikal masih tidak boleh dianggap sebagai bangsa yang berperadaban kerana kedaulatan serta maruah bangsa dan negara adalah prasyarat dalam pembentukan sesebuah negara.
Peradaban dan tamadun merupakan nikmat sekali gus amanah yang perlu dipelihara, dipertahankan dan dikekalkan tanpa noktah masa. Di sinilah letaknya peranan akhlak yang sewajarnya menjadi teras kepada pembinaan tamadun, yang juga menjadi kubu pertahanan kepada pembangunan fizikal walaupun ia hanya dapat dilihat dan disentuh oleh mata hati.
Gaya hidup moden sebahagian daripada tanda bertamadunnya sesebuah bangsa atau negara. Namun, jika akhlak tidak dijadikan sebagai amalan dan darah daging, maka kemajuan fizikal boleh rosak dan mereput dari dalam.
Rasuah, pecah amanah, penipuan adalah contoh-contoh perilaku yang berupaya merosakkan isi kepada tamadun. Kita perlu belajar daripada pengalaman lepas, bagaimana empayar Melaka yang sangat maju dan terbilang itu boleh jatuh tanpa mengambil masa yang lama. Sedangkan kubu pertahanan dan tembok yang melindungi kota Melaka amat kukuh dan ampuh. Malah dikhabarkan juga tahap persenjataan dan kekuatan tentera kesultanan Melayu Melaka juga bukan calang- calang hebatnya.
Kekuatan dalam aspek fizikal sebenarnya masih tidak boleh dibandingkan dengan kesetiaan rakyat dengan sepenuh hati terhadap pemimpin dan juga negaranya. Dan itulah yang berlaku pada empayar Melaka lebih lima abad yang lalu. Bukan disebabkan rapuhnya tembok dan kubu pertahanan kota Melaka, tetapi adalah disebabkan wujudnya petualang dan pengkhianat bangsa seperti Si Kitul, Raja Mendaliar dan Laksamana Khoja Hassan yang sanggup bersekongkol dalam menabur fitnah dan mengadu-domba.
Walaupun tragedi malang ini terbalas dengan hukuman bunuh terhadap mereka, tetapi ia belum cukup untuk membayar kerugian yang terpaksa diterima oleh bangsa dan kesultanan Melayu secara keseluruhannya. Pengkhianatan ini menyebabkan harga diri bangsa Melayu menjadi murah, kedudukan mereka direndahkan dengan penjajahan yang berlaku sehingga beratus-ratus tahun lamanya.
Faktor sama juga adalah antara penyebab kepada keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah walaupun tidak dinafikan terdapat faktor lain yang menyebabkan keruntuhan tersebut berlaku. Pemimpin yang sangat leka pada hal-hal keduniaan dan pemabuk, pegawai dan pembesar yang gilakan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga kepentingan peribadi termasuk menyelewengkan kuasa dan rasuah, merupakan contoh anasir atau agen yang menyebabkan kebobrokan negara berlaku dari dalam.
Yang lebih malang lagi mereka tidak menjaga sistem ketenteraan dan pertahanan mereka dengan serius. Pemilihan dalam barisan pimpinan ketenteraan tidak disaring mengikut tradisi yang mengutamakan potensi dan kualiti, tetapi lebih kepada pertimbangan dan budi bicara.
Kronisme yang berlaku di peringkat yang lebih rendah juga lebih merapuhkan kubu pertahanan. Antaranya memberi kenaikan pangkat kepada anak-anak pegawai atasan yang secara langsung menafikan individu lain yang lebih layak dan memiliki disiplin dan kemahiran ketenteraan yang tinggi.
Bukan itu sahaja, hiburan dan arak lebih mendapat tempat dan sebaliknya, masjid- masjid menjadi lengang tanpa majlis-majlis ilmu, dakwah dan kerohanian. Malah, mereka lebih memberi tempat kepada perkara- perkara yang khurafat dan orang agama bersikap tidak komited terhadap ajaran al-Quran dan Sunah.
Akhlak adalah salah satu komponen yang terkandung dalam agama Islam selain akidah dan syariah. Peranan akhlak amat penting sehinggakan antara tujuan undang-undang digubal adalah untuk menjaga akhlak manusia.
Sebagai agama yang sempurna dan melihat akhlak sebagai sebahagian daripada nyawa bagi kelangsungan kehidupan manusia secara teratur dan harmoni, maka agama Islam telah meletakkan adab dan akhlak dalam setiap dimensi kehidupan manusia.
Bermula dengan akhlak hamba dengan Penciptanya, kemudian akhlak manusia dengan diri sendiri, ibu bapa dan ahli keluarga, sehinggalah kepada akhlak terhadap negara dan persekitaran individu, agama Islam telah mengajar manusia bagaimana untuk hidup secara berakhlak. Malah, agama Islam turut mengajar umatnya menunaikan hak selain manusia seperti binatang, pokok dan bahagian- bahagian bumi ini sebagai sebahagian daripada akhlak dan adab Islamiah.
Jika setiap individu memahami fungsi akhlak dalam kehidupan dan mengamalkannya, nescaya setiap orang akan dapat hidup dengan aman dan setiap pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Seterusnya, pembangunan kebendaan dapat dibina dengan penuh integriti.
Individu yang berakhlak juga bukan sahaja tidak akan menjadi punca kegelisahan orang lain tetapi dengan akhlak yang baik turut menggambarkan jati diri yang kukuh. Inilah pengajaran yang diperlihatkan oleh Sultan Abdul Hamid II yang tegas menolak tawaran pihak Yahudi yang berjanji untuk memberikan wang 150 juta pound sterling emas sekiranya baginda bersetuju dengan permohonan pihak Yahudi untuk membentuk negara mereka di Palestin.
Rumusannya, akhlak baik yang diamalkan oleh tiap individu dan rakyat akan membantu kelangsungan pembangunan negara membina peradaban. Selanjutnya akan memastikan peradaban bangsa terus kekal kelangsungannya.
TUN M JAWAB ISU HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN ISRAEL!
IPOH: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.
Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.
Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF)berkata bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian.
Katanya beliau membalas semula surat berkenaan dengan mengatakan hubungan dengan Israel tidak mungkin terjalin sekiranya mereka masih berkelakuan sebagai pengganas.
Dr Mahathir berkata tidak ada sebarang sebab Malaysia boleh menyokong Israel kerana tindakan rejim Yahudi adalah lebih ganas daripada pengganas.
"Dia (Israel) bom Iraq sebelum ada perang, dia tidak peduli untuk langgar undang-undang dunia, dia tidak peduli sebab ada Amerika akan sokong…Kita mahu pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia tidak mengeksport atau mengimport barangan atau produk dari Israel dan tidak menafikan sekiranya terdapat barangan atau produk Israel masuk ke negara ini, ia adalah kerana peranan orang ketiga.
"Kita tidak boleh menentukan, sebelum ini kita tidak ada hubungan Afrika Selatan, tetapi pihak lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.
"Demikian juga isu minyak kelapa sawit, minyak kita dibeli oleh pihak ketiga dan kemudian mereka jual…saya tahu yang masuk ke negara ini adalah buah pisang kaki. Ia tidak dilabel dari Israel tapi masuk melalui Singapura, orang Singapura bawa masuk ke Malaysia, tapi kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.
Sumber: Perak Today
Thursday, February 23, 2012
Kebakaran Kg Cina Ketari
Berlaku kebakaran di Kampung Cina Ketari, Bentong Pahang petang semalam yang memusnahkan 26 buah rumah. Sebanyak lima buah jentera bomba dikerah untuk mengawal kebakaran yang bukan sahaja memusnahkan hampir separuh kampung malah juga hampir memusnahkan sebuah stesen minyak berhampiran.
Kebakaran dikatakan berpunca daripada seorang penduduk yang dikatakan kurang siuman bermain api dirumahnya. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.
PAS PEROSAK AKIDAH UMMAH
Bai’ah Calon PRU Pas Hanya Merosakkan Aqidah Ummah

Lepas mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1982, Presiden PAS sekali lagi mengeluarkan “fatwa” terbarunya yang meletakkan hukum WAJIB bagi setiap calon PRU yang mewakili PAS untuk berbai’ah.
Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini kepada media, bai’ah tersebut adalah untuk memastikan agar calon-calon PAS tidak menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenar, termasuk dari segi matlamat dan caranya.
Bai’ah dikatakan merupakan satu amalan yang dikatakan lebih berat dan ketat berbanding sumpah di dalam Islam. Sumpah haram, bai’ah pula dihalalkan?
Hadi berkata lagi, PAS punya undang-undang tubuh untuk mengawal ahli-ahlinya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
Saya tertanya-tanya, sejak bila Islam mewajibkan calon pemimpinnya berbai’ah untuk tidak menyeleweng? Tidak cukupkah dengan lafaz kalimah syahadah untuk memastikan keIslaman seorang individu untuk menjadi muslim?
Apabila bergelar Muslim, individu itu perlu mentaati segala ajaran Islam, hukum hakamnya, matlamat dan caranya, akhlak dan di dalam pelbagai segi aspek kehidupan sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama.
Justeru, umat Islam sudah dikawal lebih awal lagi apabila bergelar Muslim dan apakah perlu mereka berbai’ah lagi untuk menjadikan diri mereka seorang pemimpin?
Sabda Rasulullah SAW; “Kullukum Raa’in, Wa Kullukum Mas’uulun ‘An Ra’iyyatihi”.
Setiap muslim adalah pemimpin. Itulah yang disampaikan Rasulullah SAW melalui hadisnya. Dan menjadi tugas pemimpin untuk tidak menyeleweng dirinya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Tak perlu dinyatakan lagi bahawa siapa yang menyeleweng dari lafaz syahadah akan berakhir dengan kecelakaan di dunia atau akhirat sekiranya dia tidak bertaubat nasuha sebelum meninggal dunia.
Sebenarnya, “fatwa” yang cuba dibawa oleh Hadi tersebut tidak lebih dari ‘fatwa politik’ yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, seolah-olah PAS sangat Islamik.
Saya ingin bertanya. Selama ini, ramai pemimpin PAS yang melakukan perkara yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam. Mengapa PAS tidak memecat mereka dari parti itu?
Misalnya, Mat Sabu pernah secara konsisten menggelar Anwar Ibrahim sebagai “Al-Juburi”. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang melarang umat Islam untuk menggelar individu yang lain dengan gelaran yang buruk.
Dalam konteks ini, “Al-Juburi” yang dimaksudkan oleh Mat Sabu itu bermaksud Anwar mengamalkan liwat dan gemar “lubang bontot”. Ia adalah gelaran yang buruk. Jelas perbuatan tersebut dilarang di dalam ajaran Islam yang sebenar.
Jadi, mengapa Mat Sabu tidak dikenakan tindakan disipilin oleh PAS? Mengapa tak pecat saja dia dari PAS? Sebenarnya, banyak lagi perkara yang dilakukan pemimpin dan ahli-ahlinya yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap mereka?
Sebaliknya, individu di dalam PAS yang memperjuangkan aqidah umat Islam, mempetahankan Melayu dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu pula yang dipecat? Begitukah polisi terkini PAS? Apakah amalan tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan PAS?
Justeru, Hadi perlu memecat dirinya sendiri dari PAS kerana gagal menyelami semangat perlembagaan PAS tersebut. Dia sebagai pemimpin tertinggi PAS, gagal memastikan anak-anak buahnya mengamalkan akhlak, prinsip dan cara Islam yang sebenar. Dia patut bertanggungjawab dengan meletak jawatan.
Tapi, apakah Hadi akan letak jawatan atas fakta tersebut? Tak mungkin. Hadi merupakan ahli politik yang mengejar kuasa. Demi matlamat tersebut, dia sendiri menghalalkan cara untuk memenuhi matlamat itu. Dia takkan mengaku salah punya…
Jadi, tunggulah janji Allah SWT terhadap golongan yang ingkar dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. PAS pasti tidak akan terlepas dan mungkin kerana itu Allah SWT tidak pernah memenangkan PAS di dalam Pilihanraya Umum di peringkat persekutuan.
Mungkin sekiranya PAS memerintah negara, bukan setakat Malaysia, Islam juga akan hancur diputar belitnya…Wallahua’alam.
Apakah pengikut-pengikut Pas masih tidak sedar bahawa mereka telah ditipu dan dipesongkan akidahnya? Alangkah malangnya umat ini apabila merasakan bahawa mereka berjuang dipihak yang benar sedangkan sebenarnya mereka dipihak yang salah.
Tentu kita maih belum lupa apabila umat Islam Melayu dipecahbelahkan dengan fatwa mengkafirkan orang-orang UMNO....apakah pengikut Pas masih belum dapat berfikir dengan akal dan penuh kesedaran? Pas itu bukannya agaka Islam dan Islam itu bukan juga Pas.
Tidak berdosa keluar Pas dan tidak juga berdosa tidak mengundi Pas. Justeru kenapa kita masih rela diperbodohkan oleh pemimpin Pas selama-lamanya?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Disclaimer
All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.
The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.
The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.














