Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 8, 2012

MB Kedah Malukan Anwar Ibrahim Dalam Isu Pendidikan


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.

"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.

Sudah terang PAS dan PKR tidak "sebulu" didalam isu pendidikan. Anwar Ibrahim mendakwa akan memberikan pendidikan percuma manakala pimpinan PAS menaikkan lagi yuran pendidikan. Belum menjadi Kerajaan mereka sudah berkecamuk, bayangkan pula jika mereka menjadi Kerajaan di Malaysia. Tidak mustahil Malaysia akan menjadi kacau bilau apabila pentadbiran tungang-langang akibat berbeza arahan.

0 comments:

share2