Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 8, 2012

Hargai Pengorbanan Anggota Bomba - Sultan Ahmad Shah




Rakyat perlu menghargai dan mengiktiraf pengorbanan anggota bomba dan penyelamat yang sanggup menghadapi apa jua risiko demi menyelamatkan nyawa serta harta benda orang awam sewaktu bencana.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, rakyat kini dilihat kurang menghargai pengorbanan dan jasa anggota bomba yang sanggup berhadapan dengan risiko bahaya demi menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

"Tugas anggota bomba sangat berbahaya dan bukan semua orang ada kepakaran seperti mereka. Sekiranya kebakaran berlaku, siapa yang hendak lakukan operasi menyelamat jika bukan anggota bomba.

"Justeru, saya menyeru agar rakyat khususnya di negeri Pahang ucaplah terima kasih kepada anggota bomba yang banyak berjasa selama ini," titah baginda selepas berangkat melancarkan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2012 di Dataran Pekan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Pada sambutan itu, Sultan Ahmad Shah berkenan menyaksikan persembahan dan perarakan perbarisan oleh 1,312 anggota daripada 27 kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat dari seluruh negara.

Sementara itu, dalam ucapannya, Chee Heung berkata, kerajaan akan menambah jumlah keanggotaan bomba sukarela yang dilihat semakin penting peranannya terutama dalam mengatasi kebakaran di pekan-pekan kecil dan kampung.

"Keunggulan anggota bomba sukarela wajar diberi pujian dalam usaha mereka memadam kebakaran dan khidmat sokongan mereka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

0 comments:

share2