Oleh Beruang Biru
GEMPAKNYA dahsyat,
gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai
demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.
Setelah perhimpunan
yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250
orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan
tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.
Tapi penulis
dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan
sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi.
Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja
Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tak pasal-pasal DBKL
yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti
Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca
sama ada nak nangis atau ketawa.
Tapi jangan dilupa,
dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu
mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan. Apa cerita dengan
ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar
berlapar atau cakap saja yang degar-degar?
Setakat yang penulis
dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua
pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak
Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari
menjalankan tugas.
Bercakap tentang mogok
lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana
banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai
majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan
ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar
Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut
agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Provokasi jenis apakah
ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian?
Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana
Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke
atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis
serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali
pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang
mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri.
Apa pun yang lebih
penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan
persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya. Pelik, bagaimana
Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak
cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini? Malah
disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi
Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!
Yang maha sewel itu
sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya
lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada
budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka
semula. Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam
yang kita lihat pada Sabtu.
Penulis mendengar, ada
sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini.
Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan
badannya kurus kering macam jerangkung. Tapi sebagai seorang yang professional
dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi,
sebelum pendedahan boleh dibuat ya.
0 comments:
Post a Comment