TIDAK habis-habis cerita tentang peneroka tanah rancangan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda). Satu demi satu kononnya pendedahan dibongkarkan oleh penyokong pihak pembangkang. Serba salah pengurusan Felda dibuatnya. Tidak dijawab isu itu, takut akan diterima sebagai benar oleh peneroka. Maka mahu tak mahu terpaksa juga dilayan.
Sedangkan banyak kerja lain patut diutamakan. Kerajaan Pusat melalui Felda tidak mahu dilihat sebagai jumud seperti negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak banyak aktiviti pembangunan apatah lagi untuk peneroka.
Oleh itu tercetuslah idea untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global Ventures) Sdn. Bhd ke Bursa Malaysia pertengahan tahun depan.
Idea ini bagus untuk memberi peluang kepada peneroka dan anak-anak generasi kedua dan ketiga terlibat dalam pasaran saham peringkat nasional dan global melalui Koperasi Peneroka Felda (KPF).
Kita jangka pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2012 awal Oktober lalu itu membuatkan pihak pembangkang ‘terkedu’.
Tetapi nampaknya mereka tidak mudah mengalah. Tak mungkin melepaskan Felda begitu sahaja sedangkan 56 kawasan Parlimen dan 96 Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada undi peneroka Felda.
Adalah rugi besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peneroka Felda yang pro pembangkang jika tidak dapat membantu menghuru-harakan dan mengelirukan pengundi di kawasan Felda.
Sebab itu ada sahaja jalan bagi menunjukkan kelemahan dalam pengurusan tanah rancangan itu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Datuk Sabri Ahmad kini menjadi sasaran ‘anak panah beracun’ daripada segelintir NGO peneroka. Kedua-duanya dijadikan modal mereka untuk menggagalkan penyenaraian Felda Global Ventures.
Langkah pertama mereka melalui Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) yang mengemukakan kes ke tribunal koperasi.
Baru-baru ini NGO itu membuat aduan mengenai kedudukan Mohd. Isa sebagai Pengerusi KPF kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Sehingga tribunal membuat keputusan aduan itu, maka perjanjian pajakan di antara Felda Holdings dan Felda Global Ventures juga tidak boleh diadakan.
Sekiranya keputusan tribunal menunjukkan kedudukan Mohd. Isa sebagai Pengerusi KPF tidak sah, maka proses penyenaraian Felda Global Ventures juga boleh dianggap sebagai tidak sah.
Ini kerana KPF memegang pegangan 51 peratus dalam Felda Holdings.
Mohd. Isa dikatakan tidak layak memegang jawatan itu kerana beliau bukan ahli KPF yang keahliannya hanya terhad kepada peneroka atau kakitangan tetap Felda saja.
Kedudukan Mohd Isa hanyalah bertaraf kontrak, justeru pelantikan beliau bertentangan dengan undang-undang koperasi.
Walhal pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi KPF tidak bercanggah dengan undang-undang kerana KPF menerima Isa sebagai ahli pada 22 Jun lalu.
Jika tribunal koperasi memutuskan bahawa kedudukan Mohd. Isa sebagai Pengerusi KPF sah dan proses penyenaraian diteruskan, maka langkah kedua pula dikemukakan.
Bermakna jika kes itu gagal, giliran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pula tampil ke depan memfailkan injunksi bagi menghalang perjanjian pajakan antara Felda Holdings dan Felda Global Ventures.
Wah, hebat gerak kerja mereka – tersusun dan berlapis-lapis.
Isu yang ditonjolkan dalam langkah kedua ini pula ialah fakta dalam perjanjian pajakan antara Felda Global Ventures dan Felda Holdings didakwa telah disorokkan daripada pengetahuan peneroka.
Perjanjian itu dikatakan merugikan peneroka dan NGO itu menuntut ditunjukkan dahulu surat perjanjian pajakan antara Felda Holdings dan Felda Global Ventures sebelum pajakan dimulakan Januari depan.
Jika Felda enggan memenuhi permintaan mereka maka peneroka dihasut menyaman Felda Holdings atas alasan keputusan itu merugikan masa depan mereka dan anak generasi peneroka.
Barangkali ada pihak sudah lupa atau buat-buat lupa, sebenar penyenaraian Felda Global Ventures adalah untuk manfaat peneroka secara keseluruhan.
Sebab itu Felda memerlukan satu syarikat khas bagi membolehkan para peneroka diberi kedudukan istimewa iaitu sebagai pemegang saham terbesar dalam Felda Global Ventures.
Hakikatnya Felda Holdings juga boleh membuat keputusan memilih mana-mana pihak untuk bersama-sama dengannya dalam penyenaraian Felda Global Ventures itu dengan mengetepikan KPF.
Jika itu dilakukan, maka Felda juga akan dipersalahkan. Kenapa wakil kepada peneroka tidak dipilih dalam pegangan Felda Global Ventures! Memang pening kalau dilayan kerenah kumpulan NGO peneroka Felda yang pro pembangkang itu. Tapi kalau tak layan, buruk juga kesannya.
Peneroka Felda yang menyokong pembangkang ni sebenarnya bodoh sombong. Mereka lupa yang dahulunya keturunan mereka hidup melarat, hidup terbiar. Kalau Felda tidak menerima datuk nenek, mak ayah mereka sebagai peneroka, rasanya mereka ini hidup melarat kat tepi jalan sekarang.
Bodoh Sombong????
itu yg gelar pada mereka yg memperjuangkan hak mereka?....
yg selama ini ditipu dan ditindas?..
bila peneroka tersedar dan bawa kes ke mahkamah demi hak mereka....
mereka digelar tak kenang budi?....
tak tahula ke sapa yg tak mengenang budi?...
peneroka atau felda?....
mentang2 mereka susah dan tak berpendidikan tinggi...suka2 hati je tipu mereka....
kalau mcm tu..malaysia tak yah menuntut merdekala...bodoh sombong malaysia ni.....tak mengenang budi yg British dah byk majukan malaysia...
Tapi british layan juga permintaan malaysia sebab masa tu british sebagai negara kuasa besar dunia dah tak ade kerja lain....kalau adapun mungkin kerja yg tak penting.....
tak mcm felda....byk keje penting yg perlu dibuat. Perkara asas tuntutan peneroka apala sgt penting pada mereka.....(tak tahu itu penting buat peneroka2)...tapi mereka lupa..tak de peneroka apa jadi dgn felda?...
jgn sekali2 mengeji peneroka...mereka juga hamba Allah yg punya hak dan maruah....
org yg mengambil kesempatan keatas peneroka itu yg patut di salah dan dihukum....