Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 22, 2018

JIKA GUAN ENG, APA PUN BOLEH!



Apa sudah jadi dengan integriti dan prinsip CAT wahai Lim Guan Eng?




Penulis rasa seperti mahu memberontak! Mengapa? Kerana Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bebas melakukan apa sahaja dan berkata apa sahaja serta memanipulasi sesuatu isu dan terlepas dengan mudah..

Isu pembinaan projek mega terowong dasar laut sejak awal diselaputi pelbagai skandal dan kemusykilan tetapi setiap persoalan serta kekeliruan tidak berjawab kecuali ‘Konspirasi Kerajaan Barisan Nasional’!

Terbaru, gambar-gambar Guan Eng yang dirakamkan dengan ahli perniagaanyang baru-baru diTahan oleh Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 11 hari atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM19 juta kononnya untuk menutup kes siasatan berhubung skandal rasuah pembinaan terowong bawah tanah.

Ahli perniagaan itu sebelum ini beberapa kali telah terpalit dengan beberapa kes penipuan termasuk menipu ribuan masyarakat India dalam skim cepat membabitkan hampir RM80 juta kerugian selain daripada menipu seorang seorang ahli perniagaan untuk melabur dalam yayasan dia dan isterinya.

Isteri ahli perniagaan itu yang juga seorang pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan selebriti sambilan itu juga di dakwa terlibat dalam skim cepat dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tiga bulan lepas, ahli perniagaan itu secara tiba-tiba muncul dan membuat dakwaan dia sedang membuat filem ala ‘James Bond’ selain turut mengakui dirinya adalah pelakon filem Tamil paling popular, peliknya secara tiba-tiba lelaki ini juga dikatakan berbelanja dengan begitu mewah termasuk menaja pelbagai program ratu cantik selain sentiasa di dampingi oleh model sambilan ke mana-mana sahaja.

Selang seketika selepas itu, dia di cekup oleh SPRM atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM19 juta termasuk wang tunai sebanyak RM4 juta di sebuah hotel di Petaling Jaya selain transaksi bank ke akuan syarikatnya oleh Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith) yang merupakan kontraktor utama di lantik oleh Guan Eng dalam projek mega itu.

Menurut sumber, ahli perniagaan yang biasa menjaja dirinya sebagai ‘manusia’ paling berpengaruh mampu menutup kes yang sedang di siasat terhadap Zenith oleh SPRM kerana dakwaan wujudnya elemen rasuah dalam pembinaan serta kos bayaran pembinaan terowong dasar laut itu.

Seperti biasa, apabila berita ini tersebar, reaksi Guan Eng seperti sangat ‘terkejut beruk’ dan beliau juga berikrar untuk menghantar surat meminta penjelasan tentang apa yang berlaku.

Kemudian apabila gambar pertama Guan Eng dan ahli perniaagaan itu yang diambil di rumah kononnya ahli perniagaan itu, Guan Eng tidak menjawab ya atau tidak sebaliknya menyalahkan kerajaan BN.

Guan Eng kemudian dengan begitu kreatif mengedarkan gambar ahli perniagaan itu dan Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG), Datuk Seri Wong Chun Wai bersama seorang lagi ahli perniagaan dalam sebuah majlis di hadiri pelbagai ahli korporat.

Dengan penuh megah, beliau menuduh ‘orang kuat MCA’ dalam gambar ini bersama ahli perniagaan itu, tetapi peliknya gambar itu di ambil dalam satu keramaian dan Chun Wai sendiri mengaku beliau tidak mengenali induvidu terbabit secara peribadi.

Sekurang-kurangnya Chun Wai ‘anak jantan’ untuk memberi penjelasan walaupun gambar itu adalah gambar biasa dalam sebuah majlis manakala gambar Guan Eng di rumah ahli perniagaan yang dipanggil Gnanarajah itu sudah membuktikan keintiman mereka.

Apakah satu kebetulan seorang Ketua Menteri yang terlibat secara langsung dengan projek mega terowong dasar laut untuk berkunjung ke rumah seorang lelaki yag kemudian ditahan oleh SPRM atas alasan menerima suapan RM19 juta bagi metutup kes dari di siasat?

Guan Eng tidak langsung jawab kecuali ianya adalah agenda BN dan adalah perkara biasa untuk pemimpin popular seperti beliau bergambar dengan orang biasa dan beliau tidak langsung ingat rakaman itu.

Hebat bukan untuk seorang Ketua Menteri mengunjungi rumah anda hanya semata-mata untuk bergambar dengan anda!

Gambar kedua tersebar Ahad lepas apabila Guan Eng dilihat begitu mesra ‘selfie’ dengan Gnanaraja dalam sebuah kereta mewah, adakah gambar ini juga tidak diingat oleh beliau? Adakah sekali lagi Ketua Menteri yang sehebat tokong boleh duduk sebelah orang biasa yang mahu bergambar bersamanya?

Untuk gambar itu juga, Guan Eng memberi jawapan yang sama malah kali ini beliau pula melontarkan persoalan yang mengejutkan.

Guan Eng bertanya, bagaimanakah gambar peribadi yang disimpan dalam telefon Gnanaraja boleh tersebar kepada media?

Daripada awal lagi Guan Eng berdolak dalih mengatakan beliau tidak kenal dengan siapa dirinya bergambar kini anda boleh tahu gambar simpanan yang ada dalam telefon Gnanaraja?

Guan Eng juga berkata mungkin lebih banyak lagi gambar akan diedarkan, hebat sungguh boleh bergambar dengan orang sama berpuluh kali secara intim selain berkunjung ke rumah dan bergambar dalam kereta.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng juga mengedarkan gambar-gambar isteri Gnanaraja yang dikatakan merakamkan gambar dengan pemimpin BN dan menuduh semua ini agenda BN.

Yang penting, rakyat mahu tahu apa yang dilakukan oleh Guan Eng dengan lelaki yang didakwa menerima wang rakyat Pulau Pinang sebanyak RM19 juta bagi menutup kes rasuah melibatkan terowong dasar laut.

Bapa Guan Eng, Li Kit Siang yang banyak memperjuangkan ketelusan sesebuah kerajaan dan kepimpinan hebat tidak pula mahu bercakap tentang kepincangan anak beliau, mengapa pilih kasih tetapi saban hari bercakap tentang ‘doube standard’ kerajaan BN?

Cukuplah drama anak beranak ini, rakyat makin celik. Semoga rakyat di Pulau Pinang nampak siapa sebenarnya Lim Guan Eng…,

Jika beliau buat, semua pun boleh…termasuk berbohong kepada rakyat dan pengundi yang percaya dengan kepimpinanya.


0 comments:

share2