Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2011

2 Cikgu Lempang Mat Syabun Komunis Penipu!!!


Tak Payah susah - susah pakai Pakar Sejarah nak bagi pelempang kat Si Mat Syabun Komunis Penipu ni. Padan dengan dua orang Cikgu je dah cukup.

Dia sebelum ni berdegar - degar mengangkat pejuang - pejuang Komunis tu tapi akhirnya dengan mudah ditampar oleh dua orang cikgu ni melalui tesis mereka.

Itu la. Orang dah pesan. Bila nak bercakap tu fikir dulu. Jangan main ikut sedap mulut je. Inilah masalah bila otak letak kat kepala lutut!!!

SERDANG 17 Okt. - Kesemua 22 anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor, ketika serangan komunis pada 1950 memang patut diangkat sebagai wira negara.
Hasil penyelidikan selama tiga tahun oleh seorang sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Peristiwa Bukit Kepong mengesahkan mereka terkorban ketika mempertahankan balai polis itu daripada serangan terancang 200 anggota komunis.
Mohd. Pauzi Abd. Raof, 45, hari ini menerima Ijazah Sarjana Sastera hasil tesis yang ditulisnya mengenai peristiwa berdarah itu pada Konvokesyen ke-35 UPM di sini.
Guru Sekolah Kebangsaan Seksyen Tujuh, Bandar Baru Bangi itu berkata, pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada 22 anggota polis yang terkorban dalam kejadian itu khususnya Sarjan Jamil yang mengetuai balai berkenaan.
"Walaupun komunis yang diketuai Mat Indera hadir dalam pasukan yang besar dengan kekuatan 200 orang, mereka berhadapan dengan tentangan sengit kerana mengambil masa yang lama sebelum dapat menguasai balai polis tersebut.
"Serangan mereka terancang dan dibahagikan kepada empat batalion dengan dua pasukan menjaga jalan keluar dan masuk ke kawasan itu dengan tujuan serangan hendak merampas senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan sarjana itu oleh Pro-Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail di kampus induk universiti itu di sini.
Menurut Mohd. Pauzi, bagi menyiapkan tesis itu, dia pergi ke lokasi kejadian dan berkesempatan menemu bual seorang bekas anggota polis yang bertugas di situ ketika kejadian.
Beliau berharap generasi muda membaca dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah sejarah supaya mereka tidak lupa asal usul pembentukan negara dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.
Mohd. Pauzi yang memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.79 turut berkongsi kegembiraannya merangkul sarjana dengan isteri, Nora Nasir yang turut menerima sarjana dalam bidang sama menerusi tesis Amuk Orang Melayu.
Nora, 40, yang juga mengajar di sekolah yang sama dengan suaminya menamatkan sarjananya dengan CGPA 3.88.
Menurutnya, tesis beliau dibuat berdasarkan kajian psikologi dan sosiologi berhubung kejadian amuk yang sering dikaitkan dengan orang Melayu.

0 comments:

share2