Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2011

SKMM & PDRM Bergabung Tangani Jenayah Siber!!!



KUANTAN 17 Okt. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang bagi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur peringatan tentang penipuan jenayah siber di negeri ini.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Mohd. Shafie Harun berkata, usaha tersebut dilihat perlu bagi memberi amaran kepada masyarakat agar tidak terpedaya dengan tipu muslihat jenayah itu.

Menurutnya, SKMM turut membincangkan perkara tersebut dengan syarikat telekomunikasi dan mereka memberi maklum balas yang baik berhubung perkara itu.

"SKMM telah mengadakan perbincangan dengan PDRM hasil pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Thomas Navamoney baru-baru ini berhubung perkara tersebut.

"Selain itu, syarikat telekomunikasi turut dimaklumkan dan mereka sanggup bekerjasama untuk menangani masalah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Kata beliau, peringatan melalui SMS akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada semua pihak terlibat.

Sementara itu, Thomas berkata, kerjasama tersebut dilihat dapat membantu mengurangkan jumlah mangsa penipuan jenayah siber di negeri ini.

Beliau berharap perkhidmatan tersebut akan menyedarkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan jenayah itu.

Ps: Orang sekarang nak lihat tindakan yang lebih tegas diambil oleh pihak SKMM ni. Bukan setakat bercakap kosong je.

Jangan cerita la pasal nak tangani jenayah Siber ke apa. Laporan yang dibuat sebelum ni pun, masih tertangguh - tangguh jugak. Mana tindakannya? 

Benda ni pun bukan isu baru. Dah banyak kali dah benda seumpama ni berulang. Takkan diorang saja buat - buat tak nampak pulak!!!

1 comments:

  • Unknown says:
    October 18, 2011 at 10:32 AM

    Salam sejahtera, harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

share2