Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 9, 2011

Tuan Ibrahim Gagal Mendidik Diri Sendiri


Mengenai soal status Ahmad Indera atau Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

“Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau,” tambah beliau. - Klik sini

Sekali lagi Tuan Ibrahim Tuan Man cuba bermain kata. Tuan Ibrahim menyuruh orang bersangka baik dengan Mat Indera. Tetapi kenapa Tuan Ibrahim dan para pemimpin PAS GAGAL bersangka baik dengan pemimpin UMNO? Sehingga menghina dan memaki mufti Perak yang mahukan umat islam bersatu suatu ketika dahulu.

Jika Tuan Ibrahim mahukan rakyat bersangka baik terhadap Mat Indera, mengapa pemimpin PAS memusuhi pemimpin UMNO? Adakah UMNO lebih kejam daripada komunis? Adakah UMNO menghalang perkembangan agama islam, meruntuhkan masjid dan membunuh orang orang islam dinegara ini?

Tuan Ibrahim seharusnya memperbetulkan dahulu kesalahan dirinya sebelum menyuruh orang lain membetulkan kesalahan masing masing.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 10, 2011 at 3:57 PM

    Bagus betul tulisan di atas. Nama dia tusn ibrahim patut dituksr je kpd hamba ibrahim sbb kapala hontak dia dok kat lutuk...........gaya warak, walhal muflis krn kata2 kotornya kpd org yg tak sokongnya terutama umno, jaga2 hamba ibrahim........

share2