Penduduk dan pemilik premis di daerah ini diminta tidak menunggu pemberian percuma Jalur Gemilang untuk dikibarkan sempena bulan Kemerdekaan tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, sikap terlalu lokek untuk mengeluarkan wang membeli bendera tersebut patut dikikis jika seseorang itu memahami nilai patriotisme.
"Jika seseorang itu boleh berbelanja wang yang banyak mendapatkan keperluan lain, tetapi kenapa tidak sanggup membeli Jalur Gemilang yang cuma nilainya kurang RM10.
"Apabila kempen itu dilancarkan, kita sangat berkira mengeluarkan wang membeli bendera yang harganya murah dan boleh digunakan dalam tempoh tertentu," katanya kepada pemberita di sini baru- baru ini.
Menurut beliau, selain itu, sikap memandang remeh untuk tidak memasang Jalur Gemilang di premis perniagaan dan bangunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) patut dikikis.
"Apa salahnya selepas kerajaan melancarkan kempen tersebut sempena Bulan Kemerdekaan, sepatutnya kita tampil menyahut seruan tersebut dengan penuh kesedaran dan gah," ujarnya
Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Lipis meminta penduduk mencontohi negara lain yang masih tegar dengan semangat patriotisme, iaitu memasang bendera masing-masing tanpa disuruh oleh pihak berwajib.
Sehubungan itu, katanya pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran memberi penekanan terhadap pemilik premis mengibarkan Jalur Gemilang supaya menyuntik semangat penghayatan kemerdekaan dalam kalangan semua rakyat berbilang kaum negara ini.
Bukan berkira nak beli jalur gemilang dengan harga RM 9.99 sen, tetapi sebagai rakyat malaysia yang petriotik tidak seharusnya mengambil keuntungan yang berlipat ganda dengan menjual sekeping jalur gemilang dengan harga tersebut. Juallah dengan harga yang berpatutan.
Semasa aku membelek-belek untuk membeli jalur gemilang di sebuah supermarket, ramai juga yang sama sama membelek-belek harganya, tetapi bila melihat harga yang hanya satu sen lagi genap RM 10.00 maka mereka beredar dari situ tanpa mengambilnya.
Semua peniaga nak mengambil kesempatan ini lah jadinya.
Harga bendera terlalu mahal.
Aku hanya beli satu sahaja.
warga sebelum merdeka