Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 8, 2011

PKR Pahang Mengaku Akan Tutup Cawangan


Ahli Jawatankuasa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota hari ini sebulat suara membuat keputusan untuk meletakkan jawatan masing-masing beramai-ramai dalam masa terdekat, akibat kecewa dengan keputusan mesyuarat Biro Politik parti itu semalam.

Menurut sumber, mereka terkilan kerana keputusan pihak terbabit yang membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan semula mana-mana cabang yang mempunyai kurang daripada 30% ahli jawatankuasa yang aktif.

Berikutan keputusan tersebut, pemilihan semula bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua dicabang itu yang dijadualkan pada bulan Oktober ini secara automatiknya terbatal.

"Kami kecewa, kerana cabang Indera Mahkota kini tidak mempunyai Ketua dan Timbalan selepas YB Azan Ismail ke Trengganu dan Ibrahim Ishak keluar parti awal tahun ini. Hanya yang ada ialah Pemangku Ketua Cabang yang dipikul oleh Naib Ketua sekarang iaitu Lee Cheang Chung.

Betul betul pukulan tepat ke muka Anwar Ibrahim sekeluarga. Bukan setakat Anwar yang kena malah Fuziah Reaktor pun turut sama kena tempias. Sebelum inipun dah 300 orang PKR keluar parti dan masuk UMNO. Dan sekarang saki baki yang ada inipun sendiri mengaku yang PKR ini memang parti paling huru hara dalam sejarah politik negara.

Macam mana nak mengaku membela rakyat kalau dah parti sendiripun tidak mempunyai Ketua malah Timbalan pun cabut lari sama. Kalau dah ketua dan Timbalanpun cabut lari, maka dah sah lah yang parti PKR ini memang tak boleh pakai. 

0 comments:

share2