Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 11, 2011

Tahlil Perdana


Seramai 1,500 penduduk menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Mat Kilau di tanah perkuburan kampung berkenaan di sini, baru-baru ini.

Program itu diadakan sempena Aidilfitri bagi memberi peluang kepada penduduk menziarahi dan mendoakan ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

Ketua Kampung Melayu Mat Kilau, Annuar Awang Chik berkata, usaha itu merupakan aktiviti bulanan bagi memberi peluang kepada waris terbabit mengadakan tahlil selain membersihkan kawasan tanah perkuburan.

"Program ini amat penting dalam memberi kesedaran serta memperbaiki akhlak anak-anak serta golongan muda selain mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan kariah di kawasan ini.

"Kita memilih mengadakan program ini pada hari raya kedua bagi membolehkan waris yang tinggal di luar kampung ini berpeluang menyertainya," katanya di sini.

Pengerusi Pengurusan Tanah Perkuburan kampung itu, Abdul Razak Jamaluddin berkata, program berkenaan dilaksanakan pada Sabtu setiap bulan oleh ahli kariah di kawasan perumahan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP), Kampung Melayu, Kampung Mat Kilau dan taman perumahan berdekatan.

Katanya, program itu bertujuan memperingati orang yang sudah meninggal dunia dan memberi peluang kepada waris mereka yang tinggal jauh kembali menziarahi kubur ahli keluarga masing-masing.

"Program ini secara tidak langsung mempertemukan rakan-rakan yang tinggal jauh dan tidak berkesempatan berhari raya lantaran kesibukan dan waktu cuti yang singkat," katanya.

0 comments:

share2