Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 20, 2011

Hassan Ali Dipecat - Nik Aziz Ketagih Undi Orang Bukan Islam?


Inilah yang diminta sendiri oleh orang bukan islam berkenaan dengan kes serbuan JAIS terhadap gereja yang memurtadkan umat islam. Selama ini, pemimpin PAS melaungkan mereka parti islam nombor 1 di Malaysia. Tetapi kenapa didalam kes murtad, pemimpin PAS tidak berani mempertahankan Dr Hassan Ali? Apatahlagi bertindak untuk menghalang usaha pihak nasrani berkenaan?

Nampak sudah jelas pemimpin PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan islam. Kebenaran dinafikan semata mata mahukan undi orang bukan islam. Pemimpin  berjiwa islam seperti Dr Hassan Ali dipijak sedangkan pemimpin berjiwa duniawi seperti Mat Sabu dan Khalid Samad diangkat dan dipuja setinggi langit.

Jika pemimpin PAS mengikut kata orang bukan islam dengan memecat Dr Hassan Ali, maka tidak layak pemimpin PAS bercakap soal islam selepas ini kerana pemimpin PAS telah meletakkan kepentingan duniawi atau lebih tepat dipanggil kepentingan agama lain melebihi kepentingan agama islam.

Benarlah kata orang tua tua , PAS is dead

0 comments:

share2