Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 23, 2011

PAS Tersasar DAP Menganga


Seramai 80 ahli Pas bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.

“Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi ‘kuda kayu’ tunggangan Pas buat selamanya.“Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk,” dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.

Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.“Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.

“Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar,”
dakwanya.

Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.“Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.

“Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa – apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.“Tapi kalau tengok kepada wakil – wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah – mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas,”
dakwanya.

*Semoga penyokong PAS yang ada di Negeri Pahang celik mata dan jangan kelabu mata apabila terpandang bendera PAS bersimbul kosong dan jangan termakan dengan isu negara dan negeri lain yang dimainkan, mereka takut mahu memperkatakan tentang isu setempat kerana mereka tiada peruntukan dan tiada pengalaman mentadbir, mereka hanya pandai bertakbir sedangkan Kerajaan BN telah banyak memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

0 comments:

share2