Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 22, 2011

TOYOTA PRIUS GUNA LOGAM NADIR???


Tak habis lagi ke perang pasal Lynas ni? Masih tak faham - faham jugak ke si Fuziah 'Reaktor' dan konco - konco dia tu mengenai isu Lynas ni?

Semalam Semut ingatkan diorang dah akur dengan keputusan yang dibuat oleh MB Pahang untuk mengkaji semula tahap keselamatan projek Lynas ni.

Rupanya, masih lagi diorang menyalak - nyalak tak tentu arah dalam laman twitter. Kali ni bukan Si Fuziah 'Reaktor' tu yang beria - ia tau.

Dia panggil 'geng' dia datang untuk 'back-up' serangan bertalu - talu dari UMB Pahang. Hanya semata - mata untuk menegakkan benang yang basah.

Siap cakap lagi tu, orang lain tak reti bahasa Inggeris melainkan dia je. Jadi dia je yang faham isi kandungan artikel ni. Klik Sini.

Dia 'qoute' kata Fuziah 'Reaktor' yang sebelum ni kata Negara lain dalam dunia tak ada kilang yang macam di Lynas ni dengan memberikan link ke artikel tersebut.


Tapi jelas dalam artikel tu sebut bahawa sebelum ini, US pun ada bukak kilang yang sama yang memproses nadir logam dari Mt. Pass.

Amerika mendominasi pengeluaran hasil bahan yang diproses sejak pertengahan tahun 1960 hingga tahun 1990an seperti dalam rajah dibawah.


Dalam artikel tu jugak dijelaskan bahawa selama ini Jepun sentiasa bersaing dengan Negara China untuk memperolehi hasil bahan yang diproses ini.

Jepun sentiasa mendahului China kerana mereka mempunyai sumber teknologi yang sangat memerlukan bahan - bahan tersebut.

Bagi Negara China pula, mereka lebih banyak menumpukan kepada produksi domestik dan hasil bahan tersebut adalah untuk kegunaan negara mereka sahaja.

Namun kekurangan bahan tersebut telah membuatkan Jepun lebih berhati - hati kerana mereka bergantung kepada eksport teknologi untuk menjana ekonomi negara.

Sebagai contoh, Toyota Prius menggunakan 25 pound logam nadir untuk menggerakkan enjin berteknologi Hybrid mereka.

Penghasilan enjin jenis ini adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan gas hidrogen yang menjadi punca utama pencemaran udara di dunia.
Without rare earths, Toyota and other manufacturers cannot produce the hybrid cars that the world wants. - Financial Sense
Kata si Fuziah 'Reaktor' ni, dia nak selamatkan Bumi kononnya. Habis, kalau tak de bahan yang dihasilkan oleh kilang Lynas ni, macam mana nak hasilkan jentera Hybrid yang dapat mengurangkan pencemaran udara?

Yang paling kelakar sekali, dia tuduh orang tak reti baca bahasa Inggeris. Padahal dia sendiri tak faham apa isi kandungan dalam artikel tersebut.

Nampak sangat putar belitnya si Fuziah 'Reaktor' dan balaci dia ni. Sampaikan bahan bukti depan mata pun dia nak pusing - pusing jugak. Ingat orang bodoh sangat macam dia gamaknya. Ceh!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2