Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 24, 2011

PAS JERANTUT - RETAK MENJADI BELAH


Adik: Kepentingan kroni dalam politik


Abang: Curang dan petualang politik


Sejak beberapa hari lepas, penganalisi politik Jerantut menumpukan kepada Mesyuarat Agong Pas Kawasan. Menurut sumber dari blog Parlimen 81, meramalkan akan ada gelora dalam Pas kawasan kerana akan ada pertembungan 2 kuasa, dan hari ini telah mencatatkan bahawa segala ramalan itu akhirnya ternyata benar belaka.

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Jerantut diadakan bermula jam 9.00 pagi tadi  (23.4.2011) di Komplek Imam Al-Syafie, Temin dan berakhir kira-kira jam 1.30 tengahari.

Walaupun Dr. Hamzah masih kekal dengan jawatan Yang Di-Pertua Pas Kawasan, namun calon Timbalan Yang Di-Pertua yang ditajanya , Haji Rahman Teh telah tewas. Ini memberikan satu isyarat bahawa kedudukannya dan pengaruhnya sebagai YDP sudah berani disanggah oleh ahli.

Tidak banyak perubah yang berlaku didalam pemilihan berkenaan, namun petunjuk yang diberikan oleh anak tempatan Jerantut adalah inginkan perubahan yang lebih besar lagi yang akan dilakukan oleh parti dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku kepada pemimpin PKR Cabang Jerantut yang juga saudara tua YDP Pas Jerantut ini mampu mencalarkan imej beliau dikalangan ahli Pas. Melihatkan ketidak-setiaan semangat Mohd Nor yang baru-baru ini melompat dari PKR ke parti KITA membuatkan ahli Pas menyimpan anggapan yang sama terhadap beliau.

Banyak pihak berpendapat bahawa ini adalah penggal terakhir beliau akan menjawat jawatran YDP Pas Kawasan Jerantut kerana pada  musim akan datang pasti beliau sudah akan ditentang oleh calon dari anak tempatan - curang dan petualang politik.


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat saya yang berjaya menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Pas Kawasan dan dalam masa sama terpilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa  Pas Kawasan Jerantut dengan undi ke-3 tertinggi. Saya ucapkan selamat berjuang, dan semoga perjuangan ikhlas itu akan dirahmati Allah dan diberikan kemenangan.

[ Klik untuk rujuk di blog Suara Prihatin UMNO Jerantut ]

0 comments:

share2