Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 26, 2011

DNA DAH SAH, PAS MACAM MANA???


Itu satu persoalan yang masih brelegar - legar dikalangan rakyat Malaysia mengenai status Parti yang memperjuangkan Islam ini.

Semalam, Peguam Cara II Negara bagi kes meliwat yang dilakukan oleh Anwar terhadap Pembantu Khasnya, Mohd Saiful, mengesahkan bahawa DNA yang ditemui adalah milik Si Ketua Penipu itu.

DNA yang diambil dari rektum Saiful itu sepadan dengan DNA dari bahan - bahan yang diambil dari lokap dimana Anwar ditahan untuk siasatan.

Hakim Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada menolak terus kes tersebut atau membenarkan pihak pembelaan memulakan sesi pembelaan mereka.

Namun, yang menjadi persoalan utamanya ialah mengenai kedudukan PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Pembangkang.

Adakah mereka akan mempertimbangkan semula kedudukan mereka didalam Pakatan tersebut atau terus bersama - sama dalam perjuangan demi kepentingan Anwar?

Takkan la sebuah parti yang dasarnya memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam mahu bersekongkol dengan seorang pemimpin yang melakukan hubungan luar tabii seperti Anwar ini?

Dimana mereka hendak meletakkan maruah Islam sekiranya mereka masih kekal didalam Pakatan dimasa akan datang?

Takkan mereka hanya akan memikirkan kedudukan mereka didalam Pakatan hanya berdasarkan kes skandal video seks sahaja.

Kalau betul mereka nak memperjuangkan Islam dan menegakkan syiar Islam yang sejati, adalah wajar untuk mereka keluar segera dari Pakatan tersebut kerana ia hanya mencemar kesucian agama Islam sahaja.

Jadi PAS tunggu apa lagi? Buat keputusan segera. Jangan gadaikan kesucian Islam dan maruah umat Islam secara keseluruhannya!!!

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 26, 2011 at 8:51 AM

    mahkamah dunia

share2