Kami akan tetap undi BN
Selepas PRK Tenang, mungkin PRK akan di adakan untuk Dun Pelabuhan Kelang. Ini kerana Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.
Sementara itu, Badrul Hisham telah menafikan dakwaan Datuk Teng Chang Khim. Sepanjang penggal tahun lepas, dia tidak hadir hanya ketika sidang pembentangan bajet pada bulan November sahaja.
Mungkin ini semua helah kerajaan PKR untuk mendapatkan kembali Dun Pelabuhan Kelang setelah Badrul Hisham meninggalkan parti PKR. Semua orang tahu parti berkenaan sememangnya mengalami masalah. Tambahan pula kemelut pelantikan SUK Selangor yang baru menambahkan lagi parah kepada kepimpinan parti berkenaan. Dan mungkin ia juga ianya bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat Selangor terhadap isu larangan orang islam berkerja dipremis menjual arak.
Bagaimanapun SPR masih lagi meneliti kes ini kerana Undang Undang Tubuh Negeri adalah berbeza disetiap negeri. Jika benar PRK akan diadakan di Dun Pelabuhan Kelang sekalipun, BN tidak akan gentar menghadapi permainan politik pihak lawan.
Berbekalkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN, insyaallah BN akan dapat mengekalkan kerusi Dun Pelabuhan Kelang.
0 comments:
Post a Comment